Selain Luqman Hafidz, pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak turut menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.
Lalu bersempena dengan hari jadinya yang ke-35 itu, bintang Abang Long Fadil ada memberikan dedikasi buat diri sendiri.
Berdoa agar sentiasa dirahmati Yang Maha Esa, Zizan turut mengharapkan agar dirinya dimurahkan rezeki, menjadi insan beriman serta disayangi.
Malah, dia juga mengakui sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik bersama wanita solehah.
“Selamat hari jadi buat mu MOHD RAZIZAN BIN ABDUL RAZAK. Semoga dirahmati ALLAH sentiasa dan selalu. Semoga dimurahkan rezeki menjadi orang yang beriman dan disayangi mereka yang mengenali.
“Sure mesti ada doa supaya dipermudahkan jodoh dan mendapat isteri yang baik dan solehah. Terima kasih juga buat Ibu dan Abah yang selalu bekalkan doa dan semangat buat saya,” tulis Zizan yang turut memberikan dedikasi sama buat para peminat.
“Juga peminat saya yang sentiasa menyokong saya i love u guys,” kongsinya panjang lebar.
Terdahulu, Zizan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran sequel, filem Abang Long Fadil 3.
Foto: Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI