Dira Abu Zahar Cipta Sejarah. Dilantik Sebagai Timbalan Speaker Wanita Pertama DUN Melaka

Share

November lalu, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira telah mencipta rekod dalam pilihan raya sebagai selebriti pertama di Malaysia yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau yang bertanding atas tiket Barisan Nasional telah mengalahkan lawan lain daripada Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan. Seiring dengan kemenangan itu, beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Melaka.

Kelmarin beliau sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Timbalan Speaker bagi DUN Melaka. Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai ahli politik wanita pertama di negeri itu yang dilantik untuk memegang jawatan tersebut.

Dira yang juga sebelum ini bergiat aktif sebagai pelakon, pengacara dan pengarah dalam industri seni tempatan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UiTM dan Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya.

Kredit foto: Instagram Dira Abu Zahar
Kredit foto: Instagram Dira Abu Zahar

ARTIKEL BERKAITAN: Dira Abu Zahar Kini Bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka

Wanita berusia 37 tahun ini bukanlah asing dalam dunia politik memandangkan beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar.

Dalam perkembangan lain, Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas kelmarin menyaksikan veteran politik yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ibrahim Durum dilantik sebagai Speaker DUN.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen