Diraikan Dalam Majlis Meriah, Nina Iskandar Rupanya Bergelar Isteri Sejak 4 Bulan Lalu, Tahniah!

Share

Semalam, pelakon asal Brunei, Nina Iskandar selamat bergelar isteri kepada penolong pengarah, Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah April lalu.

Menerusi mStar Online, pasangan berkenaan sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga empat bula lalu dalam sebuah majlis sederhana.

“Nina dan suami berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

“Jadual penggambaran yang padat sehinggakan majlis resepsi itu diadakan pada bulan ini,” seperti yang dipetik dari pihak pengurusan MIG Metrowealth.

Lalu, pasangan ini turut melangsungkan sebuah majlis diadakan di Forest Valley Hall, Cheras, pada Ahad ia turut diraikan dengan kehadiran rakan selebriti, seperti Amyra Rosli, Ayda Jebat, Puteri Aishah, Sissy Imann dan ramai lagi.

Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun bercerai pada Februari lalu.

Nina turut berkongsi suasana sekitar majlis yang dikongsikan tetamu yang hadir menerusi Insta Storie miliknya.

Foto: Instagram David Teo

Published by
MH