“Director Pandai Ambil Angle, Cantikkan Semua Segi,” – Mat Kilau; Pemilihan Adi Putra Tepat Bagi Nora Danish

Share

Pelakon popular, Nora Danish baru-baru ini memberikan ulasan sejurus menonton filem lokal yang mencetuskan fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru-baru ini.

Menurut Nora, aksi persilatan yang dtonjolkan begitu menarik dan memberikan pujian terhadap hasil kerja pengarahnya, Syamsul Yusof.

“Selepas tengok Mat Kilau rasa nak belajar silat pun ada. Sangat cantik ‘bunga’ dan langkah para pemain. Hebat semuanya.

“Tangan basah taw tengok cerita ini, sangat-sangat mencemaskan. Tak senang duduk di buatnya. Macam tengok WWF pun ada. Setiap kali tumbukan/sepakan mengena, kita pun jerit “yeay”.

“Director pandai ambil angle mencantikkan semua segi. Nampak sangat kemas. Goosebumps setiap kali hero-hero kita muncul. Kudos to everyone,” jelas Nora.

Perkara tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Insta Stories.

Nora pada masa sama tidak menafikan, pemiliuan Datuk Adi Putra yang mendukung watak sebagai Mat Kilau adalah tepat.

“Cuma tak puas hati kenapa Wahid tumpas. Pengakuan, kita nangis bila scene Awang insaf! Dan pemilihan Mat Kilau memang tepat,” tulisnya lagi.

Terdahulu, filem terbitan Kembara Studios itu terus melakar sukses tersendiri apabila meraih kutipan sekitar RM90 juta selepas lebih 30 hari tayangannya.

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH