Tidak dinafikan, penampilan selebriti Sherry Alhadad yang tampil lebih kurus berbanding sebelum ini mencuri perhatian ramai.
Malah, tidak kurang yang membuat andaian berat badannya yang kian susut itu mungkin disebabkan oleh desakan netizen atau statusnya sebagai artis dikenali.
Bagaimanapun, Sherry sejujurnya memberitahu, berat badannya yang kian menyusut bukanlah didesak oleh sesiapa. Sebaliknya, ia hadir daripada diri sendiri yang mengakui dia perlu amalkan gaya hidup yang sihat, seiring usia yang kian meningkat.
“Pada awalnya, pembantu peribadi yang mulakan dulu sesi ke gim dan menyertai sesi senaman. Dia tak adalah paksa saya untuk sertai pun. Cuma pada suatu pagi, saya ajak dia untuk ke gim sebab nak rasa pengalaman tu. Jadi ia berterusan sehinggalah sekarang,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada adakah isu ‘body shaming’ yang diperkatakan ramai turut mendorong pengacara ini untuk tampil kurus, Sherry mendedahkan dia tidak pernah malu dengan bentuk badannya.
“Bukan sebab isu body shaping. Saya tidak pernah malu dengan badan saya, saya tidak pernah risau dengan apa yang orang lain cakap. Sebab kalau nak diikutkan, dari kecil sudah kena ejek, jadi baik saya diet sejak dulu.
“I just love myself. Apa yang tuhan kurniakan, saya terima seadanya. Tapi kadang-kadang afga juga yang cakap dah la gemuk, tak sedar diri menari-menari. Ini diri aku, bukan diri kau. Saya buat apa yang dirasakan selesa untuk diri-sendiri,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Sherry ditemui di majlis pelancaran dan ramah mesra bersama para pelakon Bikin Filem di The Strand Mall, Damansara.
Foto: Instagram Sherry Alhadad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI