Ibu kepada pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu, Salamiah Jalani tampil mempertahankan keputusan anaknya untuk tidak lagi terlibat di dalam program komedi popular, Sepahtu Reunion Life (SRL).
Salamiah menjelaskan, dia tidak mahu anaknya itu terus ditindas sekiranya masih kekal di dalam program berkenaan.
“Hari ini saya tampil bersuara sebagai ibu yang cuba mempertahankan anaknya, Shahmira Muhammad atau Shuib Sepahtu dari terus menjadi bualan tanpa mengetahui keseluruhan jalan cerita mengapa dia sudah tak berminat lagi berada dalam SRL.
“Sebagai ibu, saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL ketika ini. Kerana itu lebih baik buat anak saya daripada terus menerus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah.
Dakwanya lagi, dua juga terkilan dengan sikap segelintir pihak yang melayan Shuib seperti tidak bermaruah sewaktu terpalit dengan kontrovesi ketika masih masih bersama SRL.
“Di mana yang dikatakan sahabat apabila rakan seperjuangan dikenakan tindakan, tiada seorang pun yang mempertahankan. Malah, dia dimaki dan dihina lagi oleh sahabat sendiri di hadapan orang ramai.
“Di saat dia masih dalam siasatan SPRM dan belum dijatuhkan hukuman bersalah, dia dilayan macam orang bersalah oleh sahabat sendiri, diperli dan dimalukan dalam bilik mesyuarat seolah-olah macam tiada maruah.
Ads
“Untuk apa kita hanya menjadi baik di hadapan orang ramai tetapi di belakang kita sebaliknya. Disebabkan itulah jawapannya sentiasa tergantung kerana dia masih mahu menjaga aib seseorang,” kongsinya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Salamiah menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Salamiah turut memaklumkan ada sebab mengapa Shuib tidak mendedahkan kisah sebenar tentang pengunduran dirinya daripada SRL.
“Dia masih tetap meletakkan jawapan perginya dia dari SRL kerana Astro, sedangkan bukan itu kehendaknya tetapi untuk tidak mengeruhkan keadaan dia masih menyimpan keputusan yang sebetulnya.
Ads
“Dia memilih untuk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri, tetapi lebih menjaga maruahnya dari terus dipijak orang tanpa memikirkan perasaannya.
“Yang lebih membuatnya sedih kerana itu adalah rakan seperjuangan dan orang yang dikenali sebelum dia menjadi artis,” ujarnya lagi.
Dedah Salamiah lagi, anaknya itu telah banyak menyimpan perasaan dek kerana perbuatan orang sekeliling.
“Saya sering melihat dia sedih dan murung kerana terpaksa melupakan minatnya serta menolak nilai wang demi mempertahankan maruah.
Ads
“Dia lakukan semua itu kerana ingin bekerja dengan hati yang tenang dan gembira.
“Saya pun bukanlah gila publisiti murahan. Tetapi kali ini saya rasa perlu bersuara kerana anak saya sudah cukup berdiam diri bertahun-tahun,” akhirinya.
Baru-baru ini, pelawak, Jep Sepahtu mendedahkan Shuib telah menarik diri dalam SRL kerana didakwa melakukan lawak lucah sehingga menerima kecaman ramai.
Disebab hal tersebut , Shuib dikatakan telah digantung dan perlu memohon maaf sebagai pengajaran.
Namun, dia dikatakan tidak dapat menerima keputusan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amy_ Salmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan penyanyi berwajah ‘cute’, Iman Troye yang sering melatari muzik video lagu nyanyiannya berkonsepkan k-pop hingga menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini.
Pelantun lagu Teman, atau nama penuhnya Iman Alyssa Sahabudin menerusi hantaran dilaman Instagram miliknya, telah berkongsikan sebuah hantaran video berkenaan dirinya membantu golongan gelandangan dengan memberikan makanan di sekitar ibu kota.
Iman Mahu Kerap Laksana CSR, Bantu Golongan Gelandangan
Pada hantaran sama, Iman menyatakan keinginanya untuk meneruskan kegiatan murni ini dengan bercadang mahu membantu lebih ramai gelandangan dan fakir miskin di tempat-tempat lain.
Justeru, pada ruangan kapsyen Iman meminta buah fikiran para pengikutnya untuk mencadangkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan susah seperti ini, selain di Ibu Kota.
“Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?,” Tulisnya pada ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Netizen Puji Usaha Murni, Iman Troye!
Hasil penelitian, MH mendapati ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan doa-doa yang baik buat Iman.
Malah, tidak kurang juga yang meluahkan sokongan dan melemparkan kata-kata positif serta semangat agar Iman kekal istiqamah dalam melakukan amal kebaikan yang bersifat fadhu kifayah seperti ini.
“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.
“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.
Untuk rekod, nama Iman Troye pernah dihimpit dengan kontroversi satu ketika dahulu, kerana sukar memberikan kerjasama dengan rakan media. Selain leceh dihubungi sebaik sahaja namanya popular dan dikenali umum.
Bukan satu perkara mudah untuk bergelar selebriti kerana apa saja yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian.
Misalnya Datin Padukan Eina Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman ada berkongsi foto yang diabadikan bersama rakan-rakan.
Bagaimanapun, ada komen netizen yang seperti mengkritik kerana ia dikatakan telah disunting terlebih dulu bagi membuatkan ibu kepada dua anak ini tampak tinggi dalam gambar.
“Kenapa edit gmbar tinggi sangat nampak pelik..adik eina yg x tinggi pun boleh jd tinggi dlm pic ni huhu.. tp cantik..,” tulis individu tersebut.
Lantas, Eina dilihat meninggalkan komen balas terhadap kenyataan yang ditulis.
“tak baik fitnah org. Saya tak edit bagi tinggi pun. Ni camera trick ambil dari bawah so semua kwn2 saya pun nampak la tinggi juga. Plus saya mmg dah tinggi tak perlu edit2,” tulisnya Eina.
Dalam pada itu, peminat turut meluahkan rasa tak puas hati terhadap individu berkenaan kerana dikatakan sangat tidak sopan dalam memberikan pendapat.
Penerbit yang juga rakan baik Zul Ariffin, Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan tindakan mengaku bersalah oleh aktor berkenaan ketika didakwa memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial sebagai matang dan bertanggungjawab.
Menurut Gayatri, keberadaannya menemani Zul di Kompleks Mahkamah Sesyen Sepang, pagi tadi juga adalah bagi memberi sokongan kepada aktor tersebut.
“Saya datang untuk memberi sokongan kepada Zul. Sepanjang bekerjasama dengan Zul untuk beberapa projek filem dia memberi kerjasama yang baik.
“Malah dia juga sangat ‘supportive’ dalam membantu mempromosikan setiap karya yang dibintangi.
“Bagi saya, keputusan yang dibuat Zul hari ini adalah matang dan bertanggungjawab. Saya memuji tindakannya itu,” katanya.
Ditanya sama ada Zul ada berkongsi masalah dan tekanan yang dihadapi susulan kes yang sebelum ini mencetuskan tular, Gayatri menjelaskan soalan itu harus ditanyakan kepada empunya badan.
“Pandangan saya setiap individu yang berdepan masalah pasti akan mengalami tekanan,” katanya.
Terdahulu, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.
Zul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada 18 Mac, Zul memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram.
Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.
Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Eman Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf, Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!