Penyanyi, Sharifah Zarina berkongsi khabar duka selepas memaklumkan rakan artis yang juga merupakan penyanyi, Fazli Zainal kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan positif Covid-19.

Menurut Zarina, keadaan Fazli kini dikhabarkan berada ditahap yang membimbangkan setelah kadar oksigen di dalam tubuhnya dilaporkan telah menurun kepada 75% hari ini.

“Mohon doa kalian buat sahabat artis, Fazli Zainal. Beliau telah dibawa KKM ke Hospital Ampang.

“Oxygen level dah drop ke 75 dan perlukan bantuan oxygen. Ya Allah sesungguhnya engkaulah yang maha menyembuhkan,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Langit Ke Tujuh itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Ads

Dalam pada itu, Zarina turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan sahabatnya itu agar kesihatannya kembali stabil seperti sedia kala.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fazli.

“Allahuakbar. Ya Allah kau berikanlah syifa buat sahabat kami. Please stay strong.

Ads

“Semoga diberikan kesembuhan padanya. Semoga Allah mendengar semua doa-doa kita.

“Speechless. Semoga cepat sembuh.

“Moga Allah berikan kesembuhan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Ads

Terdahulu, Fazli difahamkan telah menjalani ujian calitan pada Jumaat sebelum disahkan positif Covid-19, pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Sharifah Zarina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI