Alamak, Azhar Rani ditahan anggota polis? Kenapa tu? Apabila membaca kapsyen pelakon itu, MH rasakan sedih buat Azhar, tapi lawak pun ada.

Menurut perkongsian Azhan, dia ditahan tiga anggota polis ketika berteduh dari hujan ke workshop depan rumahnya.

baru sebentar ditahan 3 anggota polis ketika berlari berteduh dari hujan ke workshop depan rumah. “minta pasport?” aku tanya kenapa.. lepas tu dia terkejut dengan bahasa melayu aku “minta i/c “ aku bagi dan tanya kenapa nampak muka saya macam myanmar ke? diam sekejap dia tanya lagi “kerja mana?” aku jam nak jawap aku kerja kat mana? aku bukan ada office pun.. lepas tu seorang anggota lagi cakap “ni bukan yang berlakon dengan @aydajebat semalam ke?” aku diam je.. lepas tu baru2 diaorang salam… “minta maaf bang” aku blah beberapa langkah.. aku selfie… dan tengok gambar sendiri ..memang macam myanmar pun.. muka terbakar main lari2 sepanjang dua minggu ni.. patut la takde rating pun.. ahhh tapi ini diri aku sendiri .. i’m happy.. syukur Ilahi #alhamdulillah

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Salah seorang anggota tersebut meminta Azhan menunjukkan pasport serta kad pengenalannya.

Ads

Disangka Warga Myanmar, Azhar Rani Ditahan Polis?

“Baru sebentar ditahan tiga anggota polis ketika berlari berteduh dari hujan ke bengkel depan rumah. Minta pasport?

 

 

“Aku tanya kenapa. Lepas tu dia terkejut dengan Bahasa Melayu aku dan minta kad pengenalan pula,” tulisnya di laman Instagram.

Azhan kemudiannya disoal siasat oleh anggota polis tersebut sehinggakan pelakon drama Dekatkan Jarak Kita seakan  tidak tahu untuk menjawab apa.

Ads

“Aku tanya kenapa nampak muka saya macam Myanmar ke? Diam sekejap, dia tanya lagi kerja mana?” Sambil dia menyerahkan kad pengenalan

 

 

“Aku jam nak jawab aku kerja dekat mana. Aku bukan ada pejabat pun,” tulisnya lagi.

Mujurlah, salah seorang daripada anggota polis mengenalinya sebagai pelakon yang pernah bergandingan dengan Ayda Jebat dalam drama Dekatkan Jarak Kita sebelum mereka momohon maaf.

Ads

“Ini bukan yang berlakon dengan Ayda Jebat semalam ke? Aku diam saja. Lepas itu, baru mereka salam.. Minta maaf bang,” ceritanya.

Perkongsian tersebut bertambah lawak apabila dia berkata setelah beredar beberapa langkah, dia cuba mengambil gambar selfie dan dia sendiri mengakui mukanya seakan orang Myanmar.

Dia juga berkata mukanya terbakar kerana terlibat dengan pengambaran filem Kalla yang menuntutnya beraksi di bawah terik matahari.

Adoihai kelakar la Azhan ni. Bagaimanapun, pengikutnya di IG sentiasa memberinya sokongan. Malah, ada yang memuji kerana jadi diri sendiri.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI