Usahawan sensasi, Nur Sajat hari ini dilaporkan mengalami masalah alergi di bahagian badan hingga terpaksa ditahan di hospital.
Menerusi entri terkininya di Instagram, penyanyi Bobo Di Mana itu ada berkongsi mengenai perkembangan terkini yang terjadi terhadapnya.
Malah, Sajat turut mendakwa apa yang berlaku adalah disebabkan isu sensasi yang melibatkannya semalam.
“Disebabkan cerita semalam, habis satu badan saya naik allergic kaki lengan ketiak badan semua naik merah merah.
“Terus lemah antibody sajat bila dengar berita yang tak masuk di akal tak logik untuk di fikirkan pd abad ini. Huh Sajat BENCI!!! BENCI!!! BENCI!!!,” tulisnya bersama sedutan video di hospital.
Semalam, individu yang dikenali sebagai Yusmiliati yang turut diwakili peguam mendakwa dia telah dituduh sebagai penipu dan dianiaya oleh Sajat berhubung dengan proses pertukaran jantina di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Bahkan, wanita berkenaan turut meminta supaya Sajat membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.
Ads
Sajat menerusi laporan media bagaimanapun enggan untuk berbuat demikian, seperti mana yang dituntut.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai, tak kurang yang berbentuk sindiran terhadap bintang itu.
Ads
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isu royalti melibatkan para penggiat seni khususnya buat pelakon dilihat seperti tiada penghujungnya.
Ada di antara mereka yang terpaksa hidup sukar akibat sakit ataupun tiada lagi tawaran lakonan meski, karya mereka masih lagi diulang tayang di televisyen mahupun platform-platform digital.
Lantaran itu, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengambil inisiatifnya sendiri dengan mencadangkan sistem royalti diperkenalkan di platfrom pengstriman, Nurflix.tv.
“Royalti kepada pelakon-pelakon sebenarnya Mira nampak di kaca tv, kita ada pelakon yang ramai dan mereka pun semakin meningkat usia.
“Pelakon-pelakon lama kadang-kadang ada juga yang tak sihat dan sakit sehingga tak boleh berlakon lagi.
“Tetapi drama mereka masih lagi ditayangkan di tv dan digital platform. Lepas tu keep on rolling tapi mereka tak dapat apa-apa.
“Bagaimana nasib mereka yang betul-betul kerja keras untuk drama atau filem itu tetapi sekarang sudah tidak mampu untuk berkerja tetapi karya mereka masih ditayangkan,” katanya.
Menurut Mira, cetusan idea tersebut telah disambut baik oleh Ketua Pengawai Eksekutif Nurflix.TV, Syah Mohamed dan kini masih lagi dibincangkan.
“Jadi Mira cadangkan dekat Abang Sham apa kata kita beri royalti kepada pelakon-pelakon setiap kali ia ditayang semula.
“Tapi itu terserah kepada Abang Sham sebab benda ni ada procedure yang tersendiri tetapi Mira cadangkan sebegitu.
“Mereka menerima dengan baik tetapi setakat ini hanya content-content di Nurflix sahaja tapi mana tahu kalau ada platform lain yang ingin ambil program-program ini perkara sama boleh diketengahkan,” jelasnya kepada MH.
Pengacara program, Nona itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.
Tambah Mira lagi, kebanyakkan penggiat seni ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan dengan adanya sistem royalti ini, beban mereka mungkin dapat dikurangkan.
“Apa yang Mira faham tentang pelakon-pelakon di Malaysia ni banyak Mira saksikan kisah-kisah pelakon lama yang dah tak mampu.
“Mira kesian sebab pelakon ini adalah freelance kita hanya bergantung inisiatif sendiri untuk ada epf, kwsp dan sebagainya.
“Jadi untuk orang-orang lama, ini apa yang patut kita bantu. Royalti adalah salah satu perkara yang kita boleh support sehingga akhir hayat mereka selagi ia ditayangkan dan diterima ramai.
Dalam pada itu, Mira akui dia sedikit terkesan dengan nasib yang menimpa sesetengah pelakon dan juga pekerja di belakang tabir.
“Mira percaya bila ia ditayangkan semula pasti pihak tersebut akan dapat sesuatu contohnya klien, iklan dan sebagainya.
“Kenapa tak boleh kita kongsikan sedikit pada pelakon-pelakon yang terlibat.
“Banyak Mira dengar dari masa ke semasa contohnya kisah Wan Maimunah dan ada juga kisah orang-orang dibelakang tabir yang lama berkerja tapi tiba-tiba sakit.
“Itu yang Mira rasa macam sayangnya kalau mereka dapat royalti ini, atleast dapat membantu mereka ketika sakit atau susah nanti,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Uqasha Senrose menitipkan ucapan istimewa buat adik tersayang yang juga pelakon Nelydia Senrose bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27.
Dedikasi tersebut dilayangkan Uqasha bersama beberapa foto Nelydia menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini.
Titip Uqasha, dia menyifatkan Nelydia sebagai adik yang baik dan mendoakan agar semoga impian serta doanya dimakbulkan.
“Happy birthday to you @nelydiasenrose. Sha doa kan b semoga sentiasa happy sihat dan diperluaskn pintu rezeki amin .. b youre not just a wonderful sister but also a really good friend and no matter what life has in store, i know on YOU i can depend.
“I just want you to know that i love you forever n nothing can change that and sha doakan jgk semoga semua impian dan doa2 b termakbul Ameen and sorry this year hadiah lambat sikit sbb pkp, but for sure i will get u something okay.
“Enjoy ur day b, love you,” tulisnya. Hantaran tersebut turut meraih perhatian peminat yang turut sama memberikan dedikasi buat pelakon filem Jebat itu.
Pelakon jelita, Intan Najuwa belum bersedia untuk mengulas dengan lebih lanjut berhubung khabar angin yang mengatakan dirinya telah bertunang dengan jejaka bergelar Datuk.
Bagaimanapun, Intan berjanji, apabila tiba waktunya nanti, dia pasti akan berkongsi mengenai berita baik tersebut.
Katanya lagi, dia kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya dan bisnes.
“Ketika ini, saya masih belum bersedia untuk berkongsi apa sahaja berkenaan peribadi. Saya rasa sekarang ini bukan waktunya.
“Bila tiba masanya nanti, InsyaAllah saya akan berkongsi pada semua. Jadi, saya mohon semua pihak untuk mendoakan supaya saya dipertemukan dengan jodoh yang baik.
“Buat masa sekarang, saya tak mahu mengiyakan atau memberikan sebarang kenyataan. Kalau ada sasaran atau perancangan ke fasa seterusnya pun, saya belum sedia untuk beritahu,” katanya kepada MH.
Pernah berhadapan dengan episod putus tunang, Intan menafikan dirinya trauma sebaliknya, hanya ingin menjaga privasi.
“Saya bukan trauma. Bagi saya, segala yang terjadi sebelum ini merupakan sebuah pengalaman hidup buat saya. Saya kena jaga privasi saya.
“Malah, itu juga merupakan adalah salah satu cara untuk mengelakkan orang luar daripada berkata yang bukan-bukan atau tidak baik terhadap saya, keluarga dan orang sekeliling.
“Saya banyak belajar daripada pengalaman lepas. Buat masa sekarang, saya hanya boleh berkongsi soal kerjaya atau bisnes. Kalau soal peribadi pula, saya minta maaf sangat-sangat. Saya belum bersedia,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan majlis pertunangan Intan dan jejaka bergelar Datuk berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru, Johor.
Dalam pada itu, pelakon drama Jesnita ini turut mendedahkan dirinya tidak kisah apabila kisah cintanya sering kali menjadi perhatian warga maya
“Orang luar bebas untuk berkata apa sahaja. Segalanya terpulang kepada mereka. Saya tak perlu sekat atau membalas apa-apa kenyataan. Masing-masing punyai pendapat dan boleh membuat penilaian sendiri.
“Saya langsung tak marah. Positif atau negatif, saya tetap akan terima kerana itulah asam garam bergelar public figure.
“Jadi, saya tidak berasa rimas pun kerana saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi seperti ini.
Intan berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen, Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di The St Regis Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sementara itu, Intan tidak menafikan dia kini berada di fasa yang sangat gembira di dalam hidupnya.
“Kalau saya ingin berkahwin nanti, sudah tentu saya akan beritahu kepada semua. Saya akan kongsikan perkara yang baik. Untuk fasa bertunang, saya rasa baik diam-diam dahulu.
“Kalau bertunang pun, saya tak mahu ikat terlalu lama. Sebolehnya saya mahu menghabiskan pelajaran dahulu.
“Apa yang boleh saya katakan, kini saya berada di dalam fasa yang sangat gembira,” akhirinya.
Sekadar informasi, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019.
Bagaimanapun, mereka memutuskan untuk berpisah berikutan tiada persefahaman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambutan ulang tahun ke-24 menjadi titik perubahan besar bagi pemegang takhta Miss World Somalia 2021 dan Miss Universe Somalia 2024, Khadija Omar, yang kini...