Berita

Diserang Angin Ahmar, Sathiya ‘Update’ Kesihatan – “Saya Okey… Belum Mati Lagi.”

Share

Pelawak veteran, Sathiya, 60, yang baru dibenarkan pulang ke rumah Sabtu lalu selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar ringan memaklumkan dia kini semakin sihat.

Sathiya berkata, dia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih, namun belum mempunyai kekuatan untuk memandu kereta.

“Saya okey dan sihat, belum mati lagi. Cuma mengalami serangan angin ahmar ringan saja.

“Kaki dan tangan kanan saya mengalami serangan angin ahmar ringan, tapi semuanya berada dalam keadaan baik. Saya masih boleh bergerak seperti biasa, cuma agak terbatas.

“Sejak dibenarkan pulang ke rumah saya belum boleh memandu kereta lagi sebab kaki kanan belum kuat sepenuhnya.

“Cuma jangan risau saya baik-baik saja dan sudah boleh meneruskan aktiviti kerja seperti biasa,” katanya.

Sathiya yang sinonim menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ketika ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis Ke Poket Artis di Shah Alam, pada Khamis.

Sathiya menambah, meski diuji, namun dia tidak mahu membebankan mana-mana pihak.

“Saya tidak harapkan duit sesiapa. Saya ada duit simpanan sikit untuk meneruskan hidup.

“Duit banyak mana pun, tetap tiada gunanya. Selagi masih ada kudrat untuk bekerja, saya akan teruskan.

“Anak-anak pun sudah besar dan berkeluarga. Saya kini hanya perlu kerja untuk menyara isteri saya,” katanya.

Terdahulu Sathiya diserang penyakit angin ahmar selepas mengadu kebas kaki dan tangan ketika sedang bersarapan di rumahnya baru-baru ini.

Menurut Anak sulungnya iaitu Vickynesawwry Nayar, 34, pelawak itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati tekanan darahnya rendah.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH