Masih ingat tak insiden di mana netizen Malaysia menghujani laman komen penyanyi Dua lipa kerana kapsyen ‘babi’ terhadap ayahnya?
Setelah lama berdiam diri mengenai perkara tersebut, akhirnya Dua Lipa memberikan membuka mulut mengenainya.
“Sebenarnya, insiden itu agak kejam untuk pihak mereka, kerana saya tidak bercakap bahasa melayu.
“Saya bercakap bahasa lain dan juga itu adalah bahasa yang saya cakap dengan ahli keluarga, itu adalah warisan saya dan tolong hormatinya,” katanya ketika ditemu bual oleh L’Officiel USA.
Mac lalu, Dua Lipa memuat naik foto bersempena hari lahir ayahnya beserta kapsyen ‘babi’ yang bermaksud ayah dalam bahasa Albanian.
Namun begitu, niatnya itu dikecam oleh netizen Malaysia yang memberitahu maksud babi dalam bahasa Melayu.
Ternyata insiden tersebut amatlah memalukan rakyat Malaysia apatah lagi, Dua Lipa bakal mengadakan konsert solonya di ibu negara awal Mei ini.
Pada MH, mungkin rakyat Malaysia boleh lakukan sesuatu dalam usaha untuk meminta maaf kepada penyanyi ‘New Rules’ tersebut.
Kita tak nak lah orang luar salah anggap dengan rakyat negara kita kan?
Sumber: :L’Officiel Usa