Populariti pelakon Meerqeen dan Anna Jobling telah mencipta fenomena sensasi di negara seberang, Indonesia menerusi drama lakonan mereka berjudul Melur Untuk Firdaus.
Berkunjung ke Jakarta pada Ahad, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkongsikan momen-momen ketika dia dan Meerqeen disambut peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta.
Bak selebriti K-pop, Anna dan Meerqeen diserbu segerombolan peminat yang setia menantikan kedatangan mereka berdua ke sana.
“Hai Jakarta, Anna dan Meerqeen udah nyampe di Jakarta. Anna senang disambut banyak fans di bandara. Hari ini ultah saya, banyak hadiah daripada fans.
“Alhamdulillah dan terima kasih. It’s time to rest, nanti kita ketemu lagi buat ngobrol-ngobrol guys,” tulis Anna di laman Instagram miliknya.
Kedatangan Meerqeen dan Anna ke Jakarta adalah demi tuntutan kerja termasuk diundang menjadi tetamu program tv anjuran saluran Trans TV.
Selain Anna, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, turut terharu dengan sambutan yang diberikan peminat dari Indonesia.
Ads
“Indonesia, you guys are awesome,” tulis Meerqeen menerusi IG Story.
Ads
Sekadar info, bakat Meerqeen dan Anna digilap selepas mereka menyertai pertandingan Hero Remaja dan Dewi Remaja yang dianjurkan majalah Remaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anna Jobling & Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
YouTuber, Jebat Derhaka dicabar mengikuti sesi khas secara langsung bagi melihat bukti-bukti RichWorks yang melahirkan usahawan jutawan di negara ini.
Ia susulan dakwaannya sebelum ini yang seolah-olah mempersoalkan kredibiliti Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama syarikat berkenaan.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd berkata, dia mewakili Pengasas dan Pengerusi syarikat berkenaan untuk menjemput YouTuber itu bersama-sama netizen bagi menjelaskan pelbagai persoalan.
Tegas Radz, RichWorks pada tahun ini sudah beroperasi selama 14 tahun dan tidak akan mengeluarkan kenyataan tanpa adanya bukti.
“Oleh sebab Jebat dah persoalkan, wajib untuk kami jawab. Sembang kosong, sembang kari tak guna.
“Saya nak cabar, pelawa Jebat untuk bersama-sama Datuk Wira pada esok (Ahad) pukul 9 malam, sesi khas LIVE dari New York nak tunjukkan bukti di semua platform RichWorks dan Azizan Osman,” katanya.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi sepotong video yang dikongsikan di YouTube, petang tadi. Video sama turut dimuat naik di platform Tik Tok.
Radz antara lain turut mempelawa netizen untuk sama-sama melihat sendiri sesi khas berkenaan,esok malam.
Terdahulu pada semalam, Pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman tampil menjawab persoalan yang ditimbulkan YouTuber berkenaan yang mencetuskan tular di media sosial.
Beliau menegaskan, RichWorks sebenarnya sebagai sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.
“Dia (Youtuber) sepatutnya ambil video billboard yang lain di sepanjang lebuh raya yang rata-rata merupakan anak didik kami. Bukan jenama syarikat saya sahaja.
“Jenama seperti Eskayvie, Nurraysa, Anggun Cotton, Chocodap’s, Sabella, Noir, Hasnuri dan banyak lagi pun ada di sepanjang lebuh raya,” katanya.
Tambah Azizan, YouTuber itu boleh tengok sendiri anak-anak muridnya yang membina jenama dari kosong sampai bergelar jutawan.
“Pergi dapatkan buku yang kita keluarkan tahun lalu. Bagi ‘adik’ (Jebat Derhaka) ini mungkin baru keluar gua gamaknya. Kita ada senarai 100 usahawan di Malaysia yang RichWorks bina. Bukti ini ada dalam buku 100 Usahawan Jutawan,” jelasnya.
Azizan memberitahu, jika YouTuber terbabit mahukan buku itu, pihaknya sanggup menghantarkan secara percuma.
“Malah menteri pun ‘endorse’ RichWorks dalam Parlimen. Nampak sangat dia duduk dalam gua, baru keluar balik raya, baru nampak billboard itu, kesian.
“Kemudian cakap itu ini, tanpa usul periksa. Sampai ada cakap semua ini gimik semata-mata,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Azizan sempat berseloroh dengan menyatakan dia adalah ‘Tuah’.
“Saya Tuah, Tuah Azizan, siapa yang saya bimbing insyaAllah dia bertuah,” katanya.
Jebat Derhaka sebelum ini mempersoalkan adakah RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau pak man telo selain ragu-ragu mengenai billboard RichWorks yang mendakwa menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan sedangkan nak jadi jutawan bukan satu hal mudah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas Ben Amir dikatakan mirip Lisa Surihani, wajah pelakon Sweet Dreams, Yusuf Bahrin yang memegang watak Dr Amar pula saling tidak tumpah seperti Aeril Zafrel.
Menerusi ruang komen pelakon ini, netizen acapkali memberi respon bahawa wajahnya seiras suami Wawa Zainal.
Malah ada yang tersilap teka apabila pertama kali melihatkan dalam drama yang dilakonkan pendatang baru ini.
Yusuf, 27, membawa watak sebagai sepupu Qash lakonan Ben Amir.
Sebelum dikenali dalam Sweet Dreams, dia terlebih dahulu dikenali menerusi drama Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya dan Kau Yang Pertama.
Anak pertama daripada empat adik beradik ini pernah bergelar jururunding kewangan separuh masa dan pernah membuka salon rambut.
Selain Yusuf dan Ben, drama bersiri popular ini turut menampilkan Mira Filzah, Sean Lee, Datin Seri Nina Juren dan PU Azman.
Foto : Instagram Yusuf Bahrin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!