Disindir Konon Nak Tumpang Populariti Ara Johari, Hakikatnya…Ini Jawab Nabila Razali

Share

Penyanyi, Nabila Razali kini tengah hangat diperkatakan mengenai lagu single terbarunya berjudul Vroom Vroom. 

Setelah muzik video lagu tersebut dilancarkan di YouTube, ada sesetengah netizen berkata Nabila sengaja menampilkan rakan penyanyi, 

Ara Johari dalam muzik video tersebut bagi ‘meraih’ populariti dari penyanyi lagu Bunga itu.

Sekaligus ia dilihat mampu meningkatkan publisiti untuk lagu single terbarunya. Benarkah? 

MH bertanyakan mengenai isu ini dan nyatanya Nabila tidak sama sekali mahu guna Ara Johari menaikkan popularitinya atau meningkatkan publisiti untuk lagu single terbarunya itu. 

Menurut Nabila, dia mengunakan Ara Johari dan rakan artis yang lain sebagai menepati kriteria watak yang ada di dalam muzik video tersebut.

Memandangkan, muzik video tersebut mempunyai jalan cerita yang tersendiri. 

“Diharapkan dengan penjelasan Nabila ini netizen tidak lagi memberi komen negatif atau bersangka buruk. Kesian Nabila tau! 

Semoga Nabila terus berjaya dan sukses dalam industri seni tanah air. 

Untuk rekod, Nabila Razali merupakan bintang kelahiran Akademi Fantasia 2013.

Published by
Nazar Rafiqhi