Lama tidak mendengar khabar penyanyi popular latin yang mencipta nama keseluruh pelusuk dunia ini. Dia yang popular dengan lagu-lagu rancak seperti Hips Don’t Lie dan juga pemenang tiga anugerah Grammy ini khabarnya bakal dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki melakukan penipuan cukai bernilai lebih RM72 juta ringgit.

Hakim Mahkamah di Barcelona, Sepanyol telah memutuskan yang penyanyi asal Colombia ini boleh didakwa kerana mengelak membayar cukai pada tahun 2012, 2013 dan 2014. Menurut majistret penyiasat terdapat bukti kukuh menyokong keputusan ini.

Disyaki Lakukan Penipuan Cukai, Shakira Bakal Diheret Ke Mahkamah

Hakim Marco Jesus Juberias menulis bahawa bintang tersebut telah tinggal lebih dari 200 hari di Sepanyol dalam setiap tiga tahun tersebut, menjadikannya bertanggungjawab membayar cukai di negara itu. Juberias mengatakan bahawa dalam siasatan setakat ini agensi cukai Sepanyol dan peguam Shakira telah berdebat mengenai makna ‘kediaman utama’ untuk penyanyi tersebut.

Ads

Media tempatan Sepanyol melaporkan, pasukan pembelaan Shakira berhujah yang kediaman rasmi penyanyi tersebut terletak di Bahamas. Namun pihak media tempatan menyatakan yang dia turut memiliki rumah di kawasan Barcelona bersama dengan pasangannya yang merupakan pemain bola sepak, Gerard Pique.

Disyaki Lakukan Penipuan Cukai, Shakira Bakal Diheret Ke Mahkamah
Shakira bersama pasangannya, Gerard Pique dan dua anak mereka.

Kes ini berlanjutan apabila Hakim di mahkamah yang terletak di Esplugues de Llobregat menyatakan yang Shakira bersama dengan penasihat kewangannya telah menggunakan beberapa syarikat di luar negara untuk menyembunyikan sumber pendapatannya yang sebenar dalam tahun yang disebutkan.

Ads

Disyaki Lakukan Penipuan Cukai, Shakira Bakal Diheret Ke Mahkamah

Ads

Dalam maklum balas kepada CNN, wakil penyanyi itu menyatakan yang mereka sudah menjangkakan apa yang bakal terjadi. Pasukan undang-undang Shakira tetap percaya dan akan berkolaborasi dengan pihak Hakim dan tidak akan memberikan komen lebih lanjut mengenai perkara ini.

Untuk pengetahuan pembaca, undang-undang Sepanyol mewajibkan mereka yang tinggal lebih 183 hari di negara itu membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sumber: CNN, USA Today Sumber gambar: Instagram Shakira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI