Nama penyanyi dan pemuzik legenda Indonesia, Fariz RM, sekali lagi menjadi perhatian selepas ditangkap semula oleh pihak polis dalam kes penyalahgunaan dadah di Bandung, Jawa Barat pada 19 Februari 2025.

Penangkapan ini menambah lagi sejarah hitamnya dalam kes berkaitan dadah yang telah membelenggu hidupnya sejak sekian lama.

Dalam satu kenyataan kepada media, Fariz RM tidak dapat menyembunyikan rasa kesalnya terhadap kejadian ini. Dia memohon maaf kepada keluarga, isteri, anak-anak, serta rakan-rakan seprofesinya yang turut terkesan dengan insiden tersebut.

“Saya mohon maaf kepada keluarga, isteri, dan anak saya, serta rakan-rakan berkaitan kerja dan profesion saya atas kejadian ini yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui media tempatan di Ibu Pejabat Polis Jakarta Selatan pada Khamis, 20 Februari.

Pemuzik yang terkenal dengan pelbagai lagu ikonik seperti Sakura dan Barcelona ini mengakui bahawa dirinya benar-benar menyesal dengan apa yang berlaku, selain berkongsi bahawa setiap kali selepas menjalani hukuman sebelum ini, dia sebenarnya cuba untuk berhenti.

“Sudah tentu saya menyesal. Kerana setiap kali selepas kes sebelum ini, saya sebenarnya berhenti,” tuturnya.

Ads

Fariz turut memohon sokongan daripada semua pihak, terutama keluarga dan sahabat, agar perjalanan proses undang-undang yang sedang dihadapinya dapat berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Ditahan Atas Penyalahgunaan Dadah, Fariz RM Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Anak

BACA JUGA: Penyanyi Legenda Indonesia, Fariz RM, Ditahan Polis Atas Kesalahan Penyalahgunaan Dadah

“Saya ingin memohon doa daripada semua rakan dan keluarga supaya proses undang-undang atas kesalahan yang saya lakukan berjalan dengan lancar, mudah dan selamat,” katanya dengan penuh harapan.

Ads

Kes terbaharu ini bukan kali pertama Fariz RM berdepan tuduhan penyalahgunaan dadah. Kali pertama beliau ditahan adalah pada Oktober 2007.

Kemudian, pada Januari 2015, dia sekali lagi ditahan ketika sedang menghisap ganja sambil bermain gitar di rumahnya di Bintaro Jaya, Tangerang Selatan.

Tiga tahun kemudian, iaitu pada Ogos 2018, Fariz sekali lagi berdepan situasi sama apabila ditahan di kediamannya dengan barang bukti berupa dua paket plastik klip dipercayai berisi syabu, sembilan biji pil Alprazolam, dua biji Dumolid, serta alat menghisap syabu.

Ads

Kini, seiring dengan penahanan terbarunya, Fariz RM telah ditetapkan sebagai suspek bersama seorang individu lain, ADK (46). Mereka berdua berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 114(1) Akta Dadah No. 35 Tahun 2009, yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya 5 tahun dan maksimum 20 tahun.

Sekadar info, pemilik nama penuh Fariz Rustam Munaf ini uga merupakan bapa saudara kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Sherina Munaf.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI