Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, masih menjalani tahanan di Polda Metro Jaya sejak 4 Mac 2025. Difahamkan, tempoh tahanannya dijangka berlangsung selama 20 hari sehingga 24 Mac 2025.
Namun, sekiranya pihak berkuasa belum menyelesaikan proses dokumentasi, penahanannya boleh diperpanjang hingga 40 hari.
Situasi ini turut membuatkan peminat tertanya-tanya, memandangkan ulang tahun kelahiran Nikita yang ke-39 bakal tiba pada 17 Mac 2025. Berkemungkinan besar, ibu kepada tiga cahaya mata itu akan menyambut hari istimewa tersebut di dalam tahanan.
Sahabat belum ada perancangan
Sahabat rapat Nikita, Yolo Ine, ketika ditanya mengenai rancangan kejutan hari lahir untuk selebriti itu, mengakui masih belum dapat memastikan sebarang perancangan.
Dipetik menerusi temu bual di saluran YouTube Intens Investigasi pada 10 Mac 2025, Yolo berkata keterbatasan peraturan dalam tahanan menyukarkan sebarang kejutan atau sambutan.
Ads
“Belum tahu, sebab Nikita di dalam tak sebebas seperti di luar,” katanya.
Selain itu, Yolo juga belum memikirkan soal hadiah kerana bimbang ia tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam tahanan.
“Takutnya nanti hadiahnya tak boleh dibawa masuk,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, Yolo turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib Nikita dan pembantunya, Mail Syahputra, yang turut ditahan bersama.
Sementara itu, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut sebelum membuat keputusan mengenai nasib Nikita sama ada akan dibebaskan dengan jaminan atau menghadapi tempoh tahanan lebih panjang.
Ads
Mengapa Nikita Ditahan Polis?
Penahanan Nikita berkaitan dengan kes undang-undang yang melibatkannya dalam tuduhan peras ugut, pencemaran nama baik dan penyebaran maklumat yang didakwa bersifat fitnah di media sosial.
Pihak polis telah memanggilnya untuk siasatan sejak beberapa bulan lalu sebelum akhirnya menetapkannya sebagai suspek.
Menurut sumber, kes ini berpunca daripada laporan Dr Reza Gladys yang mendakwa Nikita telah menyebarkan maklumat tidak benar dan mencemarkan reputasinya melalui platform media sosial.
Siasatan menunjukkan terdapat bukti yang cukup untuk menahannya bagi membantu siasatan lebih lanjut.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu.
Perkara itu mulai diperkatakan menerusi pendedahan pengguna laman Twitter yang memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi dua bintang berkenaan, baru-baru ini.
Bagaimanapun, lapor Harian Metro, Janna ketika dihubungi menafikan dakwaan berkenaan.
Pemilik nama lengkap, Nurul Jannah Muner itu menjelaskan, tiada sebab untuk dirinya mendirikan rumah secara secara senyap kerana dia bukan bercinta dengan lelaki berstatus suami orang.
Janna pada masa sama tidak menafikan perancangan untuk ke fasa tersebutdan akan berkongsi lanjut mengenainya.
“Perancangan untuk berkahwin memang ada tapi tidaklah sampai nak kahwin lari. Saya bukan bercinta dengan suami orang.
“Sekiranya segala persiapan sudah dibuat dengan rapi, saya pasti akan umumkan tarikh perkahwinan kepada umum.
“Namun, dalam keadaan sekarang ini, segalanya tergendala. Jangankan kenduri kahwin, nak buat majlis rumah terbuka pun tak lepas,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, hos Melodi itu turut menegaskan tindakan tegas akan diambil kepada individu yang menyebarkan maklumat peribadi dirinya.
“Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa atas penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi.
“Apa pun, selamat berpuasa dan semoga Malaysia bebas Covid-19. Kita doakan agar semua kembali pulih seperti sedia kala,” akhiri Janna.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil menjawab spekulasi yang mendakwa dia dikatakan tidak profesional sewaktu menjadi tetamu undangan sebuah stesen radio baru-baru ini.
Meski namanya tidak disebut menerusi satu artikel yang berkaitan, namun ramai yang menganggap insiden tersebut merujuk kepada dirinya.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu perkara seperti ini boleh dijadikan isu dan sekiranya dia ada membuat kesilapan, dia sepatutnya diajak berbincang secara matang.
“Saya dalam industri ni tidaklah lama, saya juga masih baru dan yakin ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
“Mungkin itu adalah salah satu perkara yang saya terlepas pandang ketika itu. Saya rasa okay untuk buat perkara sedemikian.
“Pada masa itu pun saya tak rasa yang saya seperti sedang berkerja kerana saya anggap semua seperti kawan-kawan saya.
“Sekiranya ada masalah, saya pasti mereka boleh bercakap pada waktu itu juga dan tidak sepatutnya jadi bahan penceritaan untuk orang ramai,” katanya.
Tambah penyanyi lagu Peluang Kedua itu lagi, program tersebut difahamkan telah pun dibatalkan namun Nabila tetap juga hadir bagi memenuhi jemputan pada saat akhir.
“Kalau nak diikutkan, program tersebut dibatalkan saat akhir, namun dipanggil semula. Lalu saya tetap hadir bagi menjalankan tugas promosi projek terbaru saya.
“Jadi saya tak rasa itu satu isu yang besar dan patut dibahaskan ketika ini. Semuanya boleh dibawa berbincang,” katanya kepada MH.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Nabila menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu membuat sebarang masalah termasuk dengan pihak media.
Pada masa sama, dia turut memohon maaf andai ada tingkah sebelum ini mengguriskan hati sesiapa dan berharap agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.Pelanggan kini boleh menikmati...