Uncategorized

Ditanya Adakah Ammar, Qadejah & Baem Anak Angkat Juga, Ini Penjelasan Isteri Aliff Syukri!

Share

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri dan isterinya, Datin Nur Shahida mempunyai tiga orang anak.

Selain daripada tiga orang anak mereka, Ammar Ahyan, Qadejah dan Ibraheem, pasangan ini juga turut mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum.

Menerusi perkongsian paling terkini Shahida, dia telah menjelaskan bahawa Ammar, Qadejah dan Ibraheem adalah anak kandungnya kerana ada segelintir pihak yang menganggap ketiga-tiga anaknya ini juga merupakan anak angkat.

“Ramai sangat dok dm saya tiga2 ni @qadejah @ammarahyan @baem_adham ni anak angkat juga ke?…siap tanya ambik dekat mana??

 

“Mereka anak kandung saya la semua?…kesian je x pasal2 kan…..

 

“Ammar Ahyan saya bersalin waktu umur 23 tahun,Qadejah ketika saya berumur 25 tahun dan Ibraheem ketika berumur 27 tahun…..jadi sekarang saya sedang hamil anak yg keempat…semua bersalin secara normal…..

 

“Jadi jangan lah salah faham lagi ya…..,” tulis Shahida menjelaskan status tiga orang anaknya ini.

Nampaknya perkongsian Shahida ini telah mendapat perhatian ramai dan memintanya untuk bersabar dengan pertanyaan tidak masuk akal yang diberikan kepadanya oleh segelintir pihak.

darmizammm: Kesian kat datin tak pa sabar byak byak

zeehussin: Abaikan je makhluk Allah jenis phd kuat sgt…nauzubillah

nuriman2971: Ya robbi… Sabo ye Datin…semoga Datin n Dato kuat smngt abai kn kate2 org,org xtau ape sbb nye tibe2 nk bom kite mcm2 ckp.. Xbaik gtu…Smoga Tabh sllu ya Datin @shahidadherbs

ctdilhamenterprise: Sudah terang lg bersuluh muka dah sama mesti la Ank sdiri.tp kadang muka tak sama pun ada Ank sdiri jugak .mcm2 lah

MH harap dengan penjelasan yang diberikan oleh Shahida ini, segelintir pihak yang bertanyakan status anak-anaknya sudah terjawab dan tiada lagi salah faham selepas ini.

Sumber: Instagram Datin Nur Shahida

Published by
Izzati Ramli