Ditanya Cita-Cita Sebelum Jadi Penyanyi, Khai Bahar Dedah Mahu Jadi Pelukis Arkitek

Share

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Khai Bahar telah diundang sebagai artis jemputan untuk segment Carta Top 40 stesen radio Suria FM, pada Sabtu lalu.

Ketika temu bual bersama penyampai Fizi Ali dan Suraya Borhan, penyanyi asal Perlis ini ada berkongsi cerita berhubung cita-cita pekerjaannya sebelum ini bersama pendengar.

Dedah Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin memberitahu dia sebelum ini bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis arkitek.

“Macam sebelum ni ada juga orang pernah tanya apa cita-cita saya sebelum jadi seorang penyanyi seperti sekarang saya ni.

“Sejujurnya, sebelum saya terlibat dalam bidang nyanyian memang saya bercita-cita mahu menjadi seorang pelukis arkitek.

“Tapi itu lah tak sangka pula rezeki saya sebenarnya dalam bidang nyanyian. Apa-apa pun saya bersyukur sangat apa Allah kurniakan sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun ini berkata dia sememangnya memiliki kebolehan untuk melukis dengan baik sebelum dia menceburi bidang nyanyian secara serius.

“Sebenarnya dari dulu memang saya minat melukis jadi boleh lah kalau nak melukis sikit-sikit.

“Tapi kalau nak kata lukis macam professional itu tidak lah, tapi boleh lah mahir lah juga dan ada kebolehan untuk melukis ni,” katanya lagi.

Sekadar informasi, Khai telah mula bergiat aktif dalam karier seni nyanyian sekitar tahun 2016.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Khai Bahar

Published by
Nazar Rafiqhi