Meski bergelar penyanyi dangdut khasnya di Indonesia, namun Baby Shima masih menjaga batas, terutamanya dalam etika pemakaian.
Shima menjelaskan bahawa dia amat menitikberatkan pemakaian terutama ketika mengadakan persembahan atau mana-mana konsert.
“Kadang-kadang bila show, mereka (peminat di Indonesia) maklum saya gelek tak sehebat dan tak seseksi Inul, Ayu Tinting dan ramai lagi,” kata Shima kepada MH.
Bagaimanapun, Shima terima dengan hati terbuka terhadap respon peminatnya itu.
“Saya okay je apa yang mereka cakap. Tapi bagi saya, cara gelek itu sahaja yang saya mampu buat,” jelas Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli ini lagi.
Sementara itu, Shima yang popular di negara seberang dan sering mengadakan konsert, turut mengakui menolak cara baik sekiranya disediakan pakaian yang terlalu mencolok mata.
“Pernah juga mereka sediakan baju yang terlalu seksi tapi saya tolak dengan cara baik,” jelas Shima yang ditawarkan memakai pakaian bertali halus dan skirt singkat.
“Mungkin bagi mereka itu tak seksi, tapi bagi saya ia teramat seksi.
“Setakat ni paling seksi yang saya pernah pakai adalah baju jenis off-shoulder dan skirt paras lutut. Itu sahaja,” kongsi Shima lagi.
“Kadang-kadang saya juga ada bawa baju sendiri. Saya akan pakai baju sendiri kalau baju yang mereka sediakan itu terlalu seksi,” kongsi Shima lagi.
Tambah Shima yang popular dengan lagu Roadblock Hatiku, masyarakat Indonesia menganggap genre muzik dangdut sebagai satu simbol seks.
“Kalau kita tengok artis dangdut di Indonesia pakai seksi sebab bagi mereka aliran muzik dangdut itu adalah satu simbol seksi dan kena gelek kuat,” akhiri Shima.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI