Ditembak, Pelakon Thomas Jefferson Byrd Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun

Share

Aktor Thomas Jefferson Byrd dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan tragik selepas cedera ditembak berkali-kali, pagi Sabtu waktu tempatan.

Kematian tersebut telah disahkan jurucakap polis Atlanta, Anthony Grant.

Ketika ditemui, mendiang difahamkan tidak memberi tindak balas dan Byrd mengalami kecederaan di bahagian belakang akibat kesan tembakan.

Byrd meninggal dunia pada usia 70 tahun dan punca kematian bintang filem He Got Game  masih dalam siasatan.

Selain aktif terlibat di dalam persembahan pentas, Byrd turut sinonim menerusi aksinya di dalam beberapa filem arahan Spike Lee.

Lee menerusi Instagram turut menzahirkan dedikasi terakhir buat rakan selebritinya itu.

Sumber: CNN

Published by
MH