Pelakon Fazreen Rafi sekali lagi ditimpa ujian apabila bapanya dikejarkan ke sebuah hospital swasta kerana dipercayai terdapat ketumbuhan pada bahagian otak.
Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram miliknya sebentar tadi.
“Niat dihati nk check BP n check gula je.BP papa 205/107 n gula 27.1 doc kt Columbia.
“Risau papa kena stroke balik so buat ct scan, result ct scan nampak ada sumting not normal kt area otak so kena buat MRI then dpt detect ada ketumbuhan kt otak papa.
“Terpaksa naik ambulance ke avisena sbb kt sini ada pakar otak.
Ads
“Then after discuss dgn doc mmg ada ketumbuhan cuma x pasti lg apa dia until buat pembedahan otak.
“In shaa allah kalau xde apa2 khamis nie akan buat pembedahan, doakan supaya semua berjalan lancar,” tulisnya.
Pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet tidak dapat menahan sebak sewaktu mempromosikan pembukaan cawangan baharu sebuah restoran yang terletak di Sungai Petani, Kedah.