Ditinggalkan ibu kandung sedari usia empat bulan dan hilang tanpa khabar, Muhammad Danish Iskandar yang kini berusia 10 tahun dijaga oleh pengasuh yang kini bergelar ibu angkatnya.

Menerusi perkongsian hos dan penulis lirik, Fedtri Yahya, difahamkan ibu kandung Danish meminta pengasuh, Noraini Muda untuk menjaga anaknya selama sebulan dengan upah RM300.

Bagaimanapun, tempoh jagaan berlarutan dan wanita itu hilang tanpa khabar berita.

Anak syurga akan sentiasa dipayungi kasih ibu walau bukan oleh ibu yang melahirkan.

“Muhammad Danish Iskandar diasuh sejak berusia empat bulan bagi memenuhi permintaan ibu kanak-kanak berkenaan untuk menjaga anaknya selama sebulan bagaimanapun tempoh jagaan berlarutan, bahkan dalam masa dua tahun selepas itu, wanita tersebut hanya datang membawa lampin pakai buang dan susu sahaja.

“Ibunya minta saya jaga selama sebulan sahaja dengan menjanjikan bayaran RM300. Saya terus terima sebab mahu tambah pendapatan keluarga dengan mengasuh budak.

Ads

Sehingga kini sudah 10 tahun Muhammad Danish Iskandar bersama saya dan tiada khabar berita daripada ibunya yang gagal dihubungi,” maklumnya.

Meski disahkan mengidap celebral palsy selepas mengalami sawan, Noraini nekad untuk menjaga kanak-kanak itu dengan menukar hak penjagaan.

Noraini berkata, anak angkatnya disahkan menghidap ‘celebral palsy’ ketika berusia enam tahun selepas mengalami sawan buat kali pertama semasa di bawah jagaannya dan perkara itu sudah dijangka memandangkan tumbesarannya yang tidak normal seperti kanak-kanak lain.

Ads

Katanya, kerana kasih dan sayang dia memutuskan untuk menukar hak penjagaan Muhammad Danish Iskandar pada tahun lalu selepas berpeluang bertemu semula dengan ibu kandung kanak-kanak tersebut yang berjaya dijejaki pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyelesaikan urusan membuat kad pengenalan anak angkatnya.

“Saya sudah anggap dia macam anak sendiri dan tak akan beri kepada orang lain, sekalipun saya mati, anak ini akan diserahkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya tidak harapkan orang lain untuk bela dia kerana tidak sama dengan saya menjaganya terutama dari segi makan dan minumnya yang memerlukan penjagaan teliti,” kongsi pengacara popular ini lagi.

Ads

View this post on Instagram

Anak syurga akan sentiasa dipayungi kasih ibu walau bukan oleh ibu yang melahirkan.. . “Muhammad Danish Iskandar diasuh sejak berusia empat bulan bagi memenuhi permintaan ibu kanak-kanak berkenaan untuk menjaga anaknya selama sebulan bagaimanapun tempoh jagaan berlarutan, bahkan dalam masa dua tahun selepas itu, wanita tersebut hanya datang membawa lampin pakai buang dan susu sahaja. “Ibunya minta saya jaga selama sebulan sahaja dengan menjanjikan bayaran RM300. Saya terus terima sebab mahu tambah pendapatan keluarga dengan mengasuh budak. “Sehingga kini sudah 10 tahun Muhammad Danish Iskandar bersama saya dan tiada khabar berita daripada ibunya yang gagal dihubungi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Noraini berkata, anak angkatnya disahkan menghidap ‘celebral palsy’ ketika berusia enam tahun selepas mengalami sawan buat kali pertama semasa di bawah jagaannya dan perkara itu sudah dijangka memandangkan tumbesarannya yang tidak normal seperti kanak-kanak lain. Katanya, kerana kasih dan sayang dia memutuskan untuk menukar hak penjagaan Muhammad Danish Iskandar pada tahun lalu selepas berpeluang bertemu semula dengan ibu kandung kanak-kanak tersebut yang berjaya dijejaki pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyelesaikan urusan membuat kad pengenalan anak angkatnya. “Saya sudah anggap dia macam anak sendiri dan tak akan beri kepada orang lain, sekalipun saya mati, anak ini akan diserahkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Saya tidak harapkan orang lain untuk bela dia kerana tidak sama dengan saya menjaganya terutama dari segi makan dan minumnya yang memerlukan penjagaan teliti,”

A post shared by 🅰🅷🅼🅰🅳 🅵🅴🅳🆃🆁🅸 🆈🅰🅷🆈🅰 (@fedtriyahya) on

Kasih ibu membawa ke syurga, netizen terharu dengan pengorbanan Noraini membesarkan anak angkatnya walau serba kekurangan.

Ditinggalkan Ibu Sejak Usia Empat Bulan & Hidap Celebral Palsy, Perkongsian Fedtri Yahya Fasal Kanak-Kanak Ini Jentik Hati Ditinggalkan Ibu Sejak Usia Empat Bulan & Hidap Celebral Palsy, Perkongsian Fedtri Yahya Fasal Kanak-Kanak Ini Jentik Hati Ditinggalkan Ibu Sejak Usia Empat Bulan & Hidap Celebral Palsy, Perkongsian Fedtri Yahya Fasal Kanak-Kanak Ini Jentik Hati

Foto : Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI