Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein tidak mahu ambil pusing mengenai cakap-cakap atau pandangan pesimis yang mempersoalkan mengenai usaha bantuan yang dihulurkan.
Menerusi Insta Story, Elly yang selesa disapa Kak Lina ini juga senang dengan apa yang dilakukan, meski ia tidaklah seberapa.
“Walaupun ada yang kata Kak Lina acah-acah nak tunjuk baik. Tak apa, itu dugaan buat Kak Lina. Lantaklah apa orang nak cakap apa pun pada Kak Lina ni.
“Kak Lina tetap usaha bantu cara Kak Lina. Walaupun tak seberapa pertolongan Kak Lina ni, tapi Kak Lina rasa luas, rasa bahagia,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag, #teamkaklinapompomambilberat.
Beberapa hari lalu, Elly yang kini sedang sarat hamil anak kedua, ada memuat naik sepotong video dengan niat mahu membantu insan yang memerlukan.
Menerusi video tersebut, Elly antara lain turut meminta mereka yang berkenaan agar bersikap jujur agar bantuan yang diberikan mengenai golongan sasaran.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah rezki kita share bersama. InsyaAllah ada rezki lebih nnti, lpas lock down dan da bole merentas negeri Kak lina usaha pulak utk pegi luar dari KL pulak.
“Cuma 1 yg ku pinta, kejujuran. Siapa yg memerlukan bole DM kak lina ya. nsyaAllah kak lina cuba bantu apa yg mampu, kak lina bantu sikit² ya supaya rmi bole merasa,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI