Uncategorized

Dituduh Bomohkan Bekas Suami- Fatin Afeefa Tampil Beri Penjelasan

Share

Semalam, MH ada melaporkan bahawa bekas suami aktress Fatin Afeefa iaitu Adam Shahz mendakwa dirinya telah disihir oleh pelakon tersebut.

Tidak cukup itu, Adam turut menuduh tujuan Fatin berbuat demikian adalah untuk menutup ‘kecurangan’ yang dilakukannya semasa masih bergelar isteri.

Tidak mahu orang ramai terus berspekulasi, Fatin tampil memberikan kenyataan kepada Mstar Online mengenai isu yang terpalit namanya itu.

“Bomoh itu apa? Saya tinggal di Subang tak kenal bomoh-bomoh ini. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang.

“Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dahulu,” katanya.

Sementara itu, Adam mendakwa dia tidak takut sekiranya bekas isterinya itu akan mengambil tindakan mengenai ‘pendedahannya’ itu.

“Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muat naik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta.

“Dia sudah melampau dan kurang ajar kerana menuduh saya masih menganggu kehidupannya. Bagi saya itu tidak benar dan perkara itu telah mengaibkan saya dan keluarga,” katanya lagi.

MH harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi kebaikan kedua-dua belah pihak juga.

Sumber: Mstar Online

Published by
Khaleeda Rashikin