Usahawan selebriti yang baru saja muncul menerusi single terbaru, Cowok Baru, Datuk Seri Aliff Syukri menempelak tindakan individu yang ibarat cuba menjatuhkan maruah dengan menyatakan pendapat tanpa usul periksa berkenaan dengan pendiriannya untuk cuba membantu gadis obes seberat 220 kilogram, dikenali sebagai Wanie, baru-baru ini.

Katanya kepada MH, dia hanya pasang niat untuk membantu. Bagaimanapun ada pihak yang memberi komen tanpa bertanya terlebih dahulu.

“Saya ni nak menolong, lepas tu adalah seorang doktor ni yang gila glamor sangat mengutuk saya. Kalau kau rasa kau baik sangat, kau pergi bawa gadis berkenaan, pergi bayar.

“Saya sudah bayar hingga berpuluh ribu untuk temukannya bersama pakar terlebih dahulu, bukan terus tonyoh ubat kurus. Kena jumpa dulu dengan doktor, bayar bayar ambulans dan kepeluannya ketika itu.

“Ini awak terus menghakimi saya, ia macam satu penyiksaan kerana rasanya anda tidak patut berbuat begitu, ibarat menjatuhkan maruah. Sedangkan saya bawa jumpa doktor, minta periksa dulu,” jelas Aliff.

IKLAN

Dituduh Melulu Isu Bantu Gadis Obes 220Kg, Aliff Syukri Terfikir Saman Individu Dalam Senyap

Pada masa sama, Aliff turut rasa hairan apabila kisah Wanie mulai dikongsi di media sosial, ramai pula dilihat seperti mahu ambil kesempatan hingga Aliff terfikir untuk menyaman pihak tertentu atas hal yang berlaku.

“Mentang-mentang budak tu sudah dikenali orang macam mahu ambil kesempatan. Tidak mengapalah sebab saya tidak dapat apa-apa pun dan saya kemungkinan besar akan saman beliau dalam senyap. Saya tak nak kecoh-kecoh…tunggu,” tegasnya lagi.

IKLAN

“Ingat tau saya ni bukan orang biasa yang hanya tengok kena maki aku senyap. Saya pun tak akan kecoh-kecoh nak kan publisti ‘aku saman orang’, tapi tunggu. Wait and see,” akhirnya.

Terdahulu, Aliff ditemui media pada sidang media pelancaran muzik video Cowok Baru di Wisma Dherbs Holding, Kota Damansara pada Rabu.

IKLAN

Lagu yang berada dibawah pengurusan Datu Entertaiment itu juga bakal diperdengarkan ke pasaran Indonesia. Cowok Baru turut menampilkan dua penyanyi seberang iaitu Lucinta Luna dan Upiak.

Cowok Baru sudah boleh didapati di semua platform digital muzik bermula semalam.

#MHLive Wow… Aliff Syukri ada lagu baru lagi. Cowok Baru. Ok tak tu?

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 21 August 2019

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI