
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini, pelantun lagu Turn Around itu boleh menarik nafas lega apabila ujian paterniti yang dilakukannya awal minggu ini memberi indiksi sebaliknya.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikongsi di Instagram, Conor dengan terbuka mendedahkan bahawa ujian paterniti telah membuktikan dia bukan bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan Charlotte, Penelope.
Bukan Bapa
Dalam kenyataan tersebut, Conor menjelaskan bahawa dia menjalani ujian paterniti tersebut di hadapan wakil undang-undang Charlotte.
Setelah menerima keputusan, dia menegaskan bahawa dirinya bukan bapa kepada bayi tersebut.
View this post on Instagram
“Saya gembira kerana spekulasi ini akhirnya boleh dihentikan. Apa yang saya harapkan hanyalah agar orang ramai bertindak dengan penuh kebaikan dalam menerima berita ini,” katanya.
Walau bagaimanapun, Conor turut mengingatkan bahawa meskipun isu ini menjadi tumpuan, bayi yang dilahirkan Charlotte seharusnya tidak terkesan dengan kontroversi orang dewasa.
“Saya mengucapkan yang terbaik buat Charlotte dan keluarganya,” akhirinya.
Dakwaan Charlotte
Untuk rekod, Charlotte yang juga merupakan seorang pengurus perekrutan, mengumumkan kehamilannya pada April 2024 dan mendakwa bahawa Conor Maynard adalah bapa kepada bayi yang dikandungnya.
Spekulasi semakin hangat apabila laporan mendakwa mereka berdua bertemu di parti tamat penggambaran The Traitors menerusi kenalan bersama.
Namun, dengan keputusan ujian paterniti yang telah didedahkan, nampaknya kontroversi ini akhirnya terjawab.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI