Rezeki yang tiada tolok banding, sekeping foto perkongsian PU Amin memperlihatkan seorang lelaki sedang bersolat bersendirian di Hijr Ismail cukup mencuri perhatian.

Menurut PU Amin, insan istimewa itu adalah seorang rakyat Pakistan yang diundi sebagai Tukang Cuci Bulanan Terbaik. Walaupun ditawarkan hadiah berupa wang, namun dia menolak, sebaliknya meminta untuk bersolat di Hijr Ismail.

“Beliau adalah rakyat Pakistan yang diundi sebagai Tukang Cuci Bulanan Terbaik..

Beliau dihadiahkan dengan wang namun beliau menolak..

IKLAN

Sebaliknya, beliau mahu bersolat di Hijr-Ismail. Pintu ditutup dan Hijr Ismail dikhaskan hanya untuk beliau..

Rezeki dia . Tiada nikmat kecuali jadi hamba yang taat,” tulisnya.

IKLAN

Benarlah kata orang, kekayaan tidak dapat membeli iman. Ulas netizen, sedangkan jutawan sendiri tidak mampu mendapat keistimewaan seperti yang diperoleh si tukang cuci.

“Diundi Tukang Cuci Bulanan Terbaik,” – Tolak Wang Tapi Mohon Bersolat Di Hijr Ismail, Ini Reaksi PU Amin “Diundi Tukang Cuci Bulanan Terbaik,” – Tolak Wang Tapi Mohon Bersolat Di Hijr Ismail, Ini Reaksi PU Amin “Diundi Tukang Cuci Bulanan Terbaik,” – Tolak Wang Tapi Mohon Bersolat Di Hijr Ismail, Ini Reaksi PU AminMalah ada yang mengatakan, tempat solat yang dipilih adalah di bawah Pancuran Emas Kaabah.

IKLAN

“Diundi Tukang Cuci Bulanan Terbaik,” – Tolak Wang Tapi Mohon Bersolat Di Hijr Ismail, Ini Reaksi PU Amin

Subhanallah, semoga kita semua mendapat keistimewaan yang sama suatu hari nanti.

Foto : Instagram PU Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI