Penyanyi Shila Amzah tidak ambil serius mengenai usikan yang dibuat hos Gegar Vaganza 9 (GV9) mengenai bekas teman rapatnya, aktor Sharnaaz Ahmad sejurus selesai membuat persembahan, malam tadi.
Shila berkata, dia sudah bersedia dengan sebarang situasi apatah lagi perjalanannya di dalam dunia seni banyak mematangkan diri.
“Ini showbiz… Saya sudah sampai di satu tahap kalauditanya ketika usia saya 22 tahun mungkin saya macam… ‘kenapa ek?’. Tapi sekarang kalau ditanya soalan sedemikian saya okay saja.
“Alhamdulillah, saya semakin matang untuk kawal keadaan. Sebab itu saya cakap, saya membesar di hadapan lensa kamera.
“Kadang benda tak elok yang saya pernah lakukan sebelum ini pun terlihat di mata orang juga. Bagi saya yang sudah terjadi biarkan berlalu.
“Cuma kalau saya nak menyalahkan orang yang mungkin masih berkata atau ingat, untuk saya pergi pada mereka dan minta untuk melupakan, tak perlulah,” katanya kepada MH.
Ads
Malah Shila akui hanya mengetahui keberadaan Sharnaaz yang berada di bahagian penonton sejurus diusik Elly.
“Saya okay je. Lagi pun kita sayang Kak Lina. Bagi saya cara dia mengusik pun manja-manja. Mereka (Sharnaaz dan Elly) pun pernah menjadi hos bersama untuk sebuah program.
“Cuma mujur juga Haji Nabil tiada, kalau tidak bukan di atas pentas saja, di belakang pentang pun dia mungkin akan sambung usik,” seloroh Shila.
Ditanya sama ada dia bersikap profesional sekiranya mendapat tawaran berkerjasama dengan pelakon lelaki itu atas kapasiti kerja, Shila memilih untuk melihat karya terlebih dulu.
Ads
“Ia bergantung kepada apa projek tersebut. Bagaimana dengan naskhah, berbaloi atau sebaliknya. Sekiranya ada, saya tiada masalah untuk menelitinya terlebih dulu.
“Sebab bimbang dan tidak mahu andai contoh saya terima tawaran tersebut, ia sebenarnya atas dasar mereka mahu menghidupkan sesuatu yang sudah tiada.
“Atau mungkin mahu menggunakan situasi yang ada, itu tak seronoklah. Akhirnya nanti apa yang lebih terlihat ialah perkara yang sudah tidak ada itu.
“Kalau boleh, perkara sedemikian yang saya mahu elakkan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Guru vokal yang juga juri program Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan Arrora Salwa sebagai antara peserta yang mempunyai semangat yang kuat.
Menerusi saingan minggu kelapan konsert malam tadi, Arrora tersingkir selepas berada di kedudukan paling bawah dalam kalangan lapan bintang lain iaitu dengan markah sebanyak 55.20%
Puji Semangat Juang
“Selama beberapa minggu ini, kita boleh nampak semangat juangnya dalam persaingan. Dia tetap teruskan semangat dan itulah yang baik mengenai Arrora Salwa.
“Cuma dalam segi teknik nyanyian, sebagai penyanyi, saya rasa dia memerlukan masa yang lebih berbanding dengan peserta lain yang masih dalam pertandingan.
“Bagaimanapun untuk sampai pada tahap ini, saya rasa itu satu pencapaian baik untuknya,” katanya.
Terus Perbaiki Kelemahan
Syafinaz pada masa sama mengharapkan agar Arrora terus berusaha memperbaiki kelemahan sekiranya mahu kembali fokus dalam seni sejurus pertandingan.
“Saya percaya dia bangga dengan dirinya kerana sudah berada sejauh ini dan membuktikan dia sudah bekerja keras dan boleh melalukannya dengan usaha berterusan.
“Selepas ini sekiranya dia serius untuk meneruskan kerjaya dalam nyanyian, dia perlu perkemaskan lagi nyanyian sebagai penyanyi,” katanya lagi.
Terdahulu, persembahan Arrora menerusi lagu hits Siti Nordiana, Cinta Hanya Sandaran gagal memikat hari juri.
Selain Arrora, dua peserta lain yang turut berada dalam posisi ‘bottom 3’ ialah Ronnie Hussien (59.60%) dan Zehra Zambri (58.60%).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang sukan legenda dan ikon bola keranjang NBA Los Angeles Lakers, Kobe Bryant dilapor meninggal dunia akibat kecelakaan helikopter di California, pada Ahad.
Memetik laporan TMZ Sports, Bryant meninggal dunia pada usia 41 tahun.
Dipercayai, Bryant merupakan salah seorang dari lima individu yang menaiki helikopter peridinya di Calabasas sebelum berlakunya masalah pada salah satu bahagian pada helikopter terbabit menyebabkan ia kemudiannya berputar-putar di udara sebelum terhempas.
Menurut TMZ lagi, tidak ada mangsa yang terselamat di dalam kecelakaan berkenaan dan punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Istri Bryant, Vanessa bagaimanapun tidak bersama-sama suaminya di dalam helikopter ketika kejadian berlaku.
Berketinggian 1.98 meter, Bryant merupakan bekas pemain NBA yang berbakti lebih dua dekad bersama Los Angeles Lakers dan pernah memenangi lima kejohanan NBA bersama rakan sepasukan.
Bryant dilahirkan pada 23 Ogos 1978 di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat tetapi tinggal di Itali.
Sumber: TMZ, Business Insider
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip menerusi Instgaram ada berkongsi pandangan mengenai ‘body shaming’ yang melibat soal kritikan terhadap figura seseorang.
Menurut Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip menjelaskan figura kurus pun tidak terlepas daripada hal tersebut.
“Body shaming… Aku ingatkan perkataan ni untuk oranf gemuk je. Rupanya orang kurus pun kena jugak.,” kongsi Hafiz.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, penyanyi berusia 31 tahun ini turut meminta warganet untuk tidak melibatkan orang dalam hal membabitkan dirinya.
“Sebelom kita tido jom kita bermaaf maafan dulu..saya maafkan korang semua baik tak kenal maupun yang kenal. Macam-macam saya dapat hari ni maupun yang baik atau yang buruk.
“Tak kisah lah korang nak cakap apa tentang saya tapi jangan libat kan orang lain mahupun keluarga saya.
“Cakap-cakap pasal saya ni dah biasa sangat gais, nama pun artis ye dok. Yeke artis?,” tulisnya.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.