Tidak dinafikan, genre muzik hip hop kembali menjadi kegemaran ramai dan boleh disifatkan sebagai satu genre muzik yang mampu menjadi‘penyelamat’.

Ini kerana, ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah selain mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan.

Dalam situasi semasa kini, keselamatanlah yang paling penting untuk semua.

Menyedari hakikat itu, DJ Cza, Tuju, Loca dan MK timbul idea bergabung seterusnya tampil menerusi ‘Veto’, keluaran Def Jam Recordings Malaysia.

Bagi mereka, setiap halangan perlu ditempuhi untuk berada pada tahap sekarang dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental, sekali gus menghalang mereka dari putus asa.

Lalu, semuanya sepakat mengatakan ‘Veto’ membawa erti ‘kuasa’ bagi mereka. Jika fokus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana pun cabarannya, kita akan berjaya.

Ads

Bagi DJ Cza, single ini mempunyai unsur motivasi dan rimanya membangkitkan semangat.

DJ Cza, Tuju, Loca B & MK; 4 Rapper Hebat Bersatu Dalam Lagu  – “Veto Adalah Satu Peringatan Bahawa…”

“Ia seolah-olah menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak menoleh ke belakang.

“Semangat kental ini ketara dalam lagu ini sehinggalah irama muziknya,” katanya.

Ads

Bagi Tuju pula, Veto diilhamkan menerusi lagu berjudul Dior, oleh bekas bintang hip-hop Pop Smoke.

“Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari ‘Brooklyn drill’. Sulaman bass dan perkusi yang digabung dengan baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa yang hebat dengan bunyi yang luar biasa.

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, Veto adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada.

Ads

“MK dan saya memberikan persembahan dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara Loca B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya,” katanya lagi.

DJ Cza, Tuju, Loca B & MK; 4 Rapper Hebat Bersatu Dalam Lagu  – “Veto Adalah Satu Peringatan Bahawa…”

Sementara itu, Veto juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang juga menghasilkan visual hebat lagu CIAO oleh Joe Flizzow.

Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual dengan penuh jaya.

Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Lagu ini juga kini boleh didapati di semua platform pengstriman.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI