Komposer dan penyanyi rap popular, DJ Fuzz kagum dengan budaya dan sikap disiplin rakyat Jepun yang sentiasa mnghormati antara satu sama lain.
Perkara itu dikongsikan pemilik nama sebenar Farzwa De-Attaher Emir Farit ketika dia menaiki pengankutan awam di Negara Matahari Terbit itu.
Kongsinya menerusi mata kasar mengenai sikap masyarakat Jepun, kelihatan mereka hanya duduk diam sehingga sampai ke destinasi dan tidak menggunakan telefon bimbit untuk tujuan mendengar lagu misalnya.
“Knp org2 kat sini tak suka kalau kita bercakap & main phone dlm tren?”
“Mungkin sebab kalau kau main lagu kat phone, org sebelah main lagu lain, org tepi tu main lagu lain, dia takleh fokus nak dgr lagu yg mana.
“Hahha tak lah. Actually, org Jepun ni mmg mengamalkan budaya respek org lain. Dia kalau boleh taknak susahkan org lain.
“Itu bagus sangat especially bila kita kat toilet awam, bersih gila toilet tu macam renovate semalam,” pujinya.
Malah, Dj Fuzz menyarankan agar perlu mengambil contoh sikap masyarakat itu yang sangat disiplin terutama dalam perjanjian masa.
Sekali gus, ia menjadikan sesebuah negara itu maju dengan sikap dan amalan yang sudah dipupuk sejak kecil dalam diri setiap individu.
“Diorang ni selalu respek org lain. Kalau kita nak sampai level diorang, kita kena tiru cara2 ni.
“Contohnya, datang lambat, benda tu kena buang, sebabnya org yg dtg lambat memang tak considerate & respect timing org lain.
“Kalau nak maju kena tiru budaya negara yg maju. Thats why elok pergi holiday ni.. drpd beli benda2 yg membazir tapi takda value…
“Holiday ni bukan sebab bagus utk content IG & utk eksyen2, sebabnya kalau kita travel dia boleh bukak mata kita..dan belajar benda baru,” kongsinya.
Di samping itu, DJ Fuzz turut berkongsi beberapa keping foto percutiannya di Jepun yang turut disertai isteri dan anaknya.
Terdahulu, Dj Fuzz telah mencipta fenomena apabila lagu animasi Didi & Friends berjudul Mengantuk menjadi siulan ramai.
Malah, muzik video tersebut telah mencapai lebih 16 juta tontonan hanya dalam tempoh satu bulan.
Foto : Instagram Dj Fuzz/ Youtube Didi & Friends