Penyampai radio, DJ Lin memujuk doktor yang merawatnya supaya membenarkan dia cuti dari wad meskipun keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya.
Pengendali segmen Suria Cinta di Suria FM itu berkata, dia tidak boleh tinggalkan pejabat terlalu lama kerana banyak urusan akan tertangguh.
“Kak Lin terpaksa lari dari wad juga, minta cuti kat doktor sebab banyak kerja perlu diselesaikan lebih-lebih lagi menjelang hujung tahun.
“Keadaan pun makin baik cuma masih belum pulih sepenuhnya,” katanya.
Pengurus Besar Suria FM itu dimasukkan ke wad selepas menghidap bronkitis sinus lebih seminggu pertengahan bulan lalu.
Dia berkata, doktor sudah bekalkan ubatan dan rawatan sepanjang berada di rumah serta perlu kembali ke hospital selepas ini.
“Kiranya dapat balik bersyarat, Kak Lin kena terus makan ubat dan ikut rawatan yang diajar,” katanya.
Ditanya mengenai perkembangan Suria FM, DJ Lin berkata stesen itu mengucapkan terima kasih kepada pendengar yang terus menyokong tanpa jemu.
“Seperti biasa kita akan terus berikan yang terbaik kepada pendengar dan Insya-Allah kami akan tampil dengan lebih segar dan baharu. Nantikan ya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI