
Penyampai radio terkenal, DJ Lin terpaksa bermalam di hospital selepas menanggung kesakitan di bahagian kiri perut, pada Khamis.
Susulan itu, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid berkata, dia kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Sebelum itu, badannya juga rasa lemah dan hampir pitam ketika menjayakan sebuah acara stesen itu semalam.
“Saya rasa sakit pada sebelah kiri perut. Badan terasa sangat lemah sampai berapa kali nak gelap mata.
“Lepas selesai ground event Suria FM, saya terus ‘serah diri’ di KPJ Damansara Specialist untuk pemeriksaan lanjut. Masih ada beberapa ujian yang perlu dibuat untuk kenalpasti termasuk ulstrasound dan ct-scan,” katanya.
DJ dijangka akan menerima rawatan serta pemantauan sehingga Ahad ini.
Dalam pada itu, penyampai segmen Suria Cinta berkenaan melahirkan rasa terharu apabila dihujani ucapan dan doa daripada peminat sebaik mengetahui dia ditahan di hospital.
Katanya, pelbagai hadiah turut dihantar oleh rakan dan peminat kepadanya.
“Terima kasih atas kasih sayang anda semua dan saya sangat menghargainya. Begitu juga jururawat di sini yang menjaga saya serta mengakui pendengar dan peminat DJ Lin.
“Doakan saya lekas sembuh dan dipermudah segala urusan dan hanya Allah dapat balas jasa baik semua,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Betul Ajaib Cerita Kami Ni, Tapi Semua Allah Atur,” – Giliran Amira Othman, Bakal Bergelar Hajjah

Terbaru, penyanyi Amira Othman atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman memaklumkan berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Amira bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji, hari ini. Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah penyanyi, Wany Hasrita.
“Assalamualaikum. Saya & @wanyhasrita insyaAllah akan berangkat menunaikan fardhu Haji sekejap sahaja lagi. Mohon doakan kami, juga sy memohon maaf jika punya salah & silap.
“Memang betul betul ajaib cerita kami ke Haji ni tp semua Allah atur.
“Sy mohon doa utk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendpt Haji yg Mabrur. Mohon doa kamii slmt pergi slmt pulang. InsyaAllah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by #sambil (@amiraaothman) on
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan Amira dan Wany dipermudahkan.
MH mendoakan mereka selamat pergi dan pulang dengan kurniaan haji yang mabrur.
Foto : Instagram Amira Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan 4 Orang Anak, Ustaz Ebit Lew Hadiah Beg Tangan Berjenama, – “Terima Kasih Sudi Temani Dalam Hidup.”

Semalam, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun anak sulungnya, Airis Safiyyah yang ke-11.
Bagi menghargai pengorbanan si isteri yang berkorban melahirkan dan membesar anak-anak, Ustaz Ebit telah menghadiahkan beg tangan berjenama buat isterinya.
“I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini.
“Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini. Bulan 6. Hari lahir 3 orang saya sayang cintai di bulan ini. Arwah mak. Bidadari. Dan anak sulung
“Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya.
“Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Ya Allah maafkanlah saya. Dulu semua emas isteri gadaikan dan duit nak makan, pampers dan susu anak pun kadang tiada.
“Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini.
“Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Video yang dimuat naik ustaz Ebit kini telah meraih hampir setengah juta tontonan.
Terdahulu, Ustaz Ebit bersama keluarga telah meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya semalam di kediaman mereka.
Malah, Ustaz Ebit menghadiahkan sebuah iPhone 11 buat anak kesayangannya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Untuk rekod, Ustaz Ebit bersama isterinya dikurniakan empat orang cahaya mata.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Video/Foto : Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suku Akhir Malam Ni Tak Jadi Dik,” – GV9 Tambah Lagi 1 Minggu

Program hiburan realiti popular, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dilanjutkan satu minggu lagi dan konsert akhir akan dilangsungkan pada 27 November depan.
Pengumuman tersebut dibuat hos tetapnya, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein segmen awal program.
“Istimewa untuk semua, GV9 akan ditambah lagi satu minggu. Menjadikan konsert akhir dianjakkan kepada 27 November 2022.
“Suku akhir malam ni tak jadi dik” kata Elly.
Kejutan tersebut turut menerima sokongan daripada penonton yang berada di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, GV9 mula bersiaran 18 September lalu menampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50,000.
Manakala tempat ketiga akan menerima RM30,000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Kesemua bintang edisi ini dinilai oleh ketua juri, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI