DJ Lin Tanggung Kesakitan Di Kiri Perut, Ini Keadannya; “Badan Rasa Lemah, Berapa Kali Nak Gelap Mata.”

Share

Penyampai radio terkenal, DJ Lin terpaksa bermalam di hospital selepas menanggung kesakitan di bahagian kiri perut, pada Khamis.

Susulan itu, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid berkata, dia kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum itu, badannya juga rasa lemah dan hampir pitam ketika menjayakan sebuah acara stesen itu semalam.

“Saya rasa sakit pada sebelah kiri perut. Badan terasa sangat lemah sampai berapa kali nak gelap mata.

“Lepas selesai ground event Suria FM, saya terus ‘serah diri’ di KPJ Damansara Specialist untuk pemeriksaan lanjut. Masih ada beberapa ujian yang perlu dibuat untuk kenalpasti termasuk ulstrasound dan ct-scan,” katanya.

DJ dijangka akan menerima rawatan serta pemantauan sehingga Ahad ini.

Dalam pada itu, penyampai segmen Suria Cinta berkenaan melahirkan rasa terharu apabila dihujani ucapan dan doa daripada peminat sebaik mengetahui dia ditahan di hospital.

Katanya, pelbagai hadiah turut dihantar oleh rakan dan peminat kepadanya.

“Terima kasih atas kasih sayang anda semua dan saya sangat menghargainya. Begitu juga jururawat di sini yang menjaga saya serta mengakui pendengar dan peminat DJ Lin.

“Doakan saya lekas sembuh dan dipermudah segala urusan dan hanya Allah dapat balas jasa baik semua,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH