Penyanyi Nizam Laksamana, ada berkongsi kisah sewaktu menjalani tempoh kuarantin di rumah sebaik sahaja tiba dari Kota Kinabalu awal minggu lalu.
Menurut Nizam, sepanjang berada di Sabah, dia amat menitik beratkan mengenai soal prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“23 hari bulan saya ke Sabah atas urusan kerja hakiki. Saya dengar ada kes disana namun belum lagi PKPDB. Selama saya disana saya cukup jaga SOP.
“Sentiasa memakai mask, cek suhu badan, sentiasa sanitise tangan, mandi yang kerap & saya jaga penjarakan. Tiap kali selesai nyanyi saya terus balik ke hotel dan terus mandi.
“Ke mana mana pun saya akan ambil bacaan suhu badan. Selama saya disana bacaan suhu tidak pernah melebihi 36.7.
“Semalam balik Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu, sampai KLIA2 jam 12:10 malam semua penumpang diarah masuk ke tempat menunggu untuk saringan Covid 19,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ketika ini, Nizam difahamkan sedang ditempatkan di sebuah bilik yang berasingan daripada keluarganya di rumah
“Sebaik azan subuh berkumandang (kiralah berapa lama kami menunggu) barulah dapat buat saringan.
“Sampel diambil menerusi tekak dan hidung. Kami di beri penerangan proses kuarantin di rumah dan kami diberi pakai gelang pink untuk tempoh 14 hari.
“Bermakna tidak boleh keluar rumah selama tempoh itu. Jika keputusan saringan pertama negatif maka kana buat lagi saringan ke dua di klinik berhampiran.
“Kiranya keputusan negatif untuk saringan kedua itu barulah sah negatif Covid 19.
“Tetapi kiranya keputusan Positif maka bersedialah untuk ambulan datang kerumah dan akan dibawa ke hospital utk rawatan lanjut. Begitulah prosesnya.
“Sampai di rumah semalam isteri sudah sediakan bilik untuk saya. Kerana pihak KKM kata saya mesti jaga tiada sebarang sentuhan selama kuarantin di rumah dan saya mesti pakai mask.
“Makanya sekarang saya sedang bermula proses kuarantin dirumah( sama je macam menteri-menteri yang kena kuarantin tu),” kongsinya.
Meski ujian saringan peringkat awal COVID-19 dilaporkan negatif, Nizam turut berharap agar kesihatannya kekal l berada di tahap yang terbaik.
“Saya telah laksanakan kewajipan saya untuk menjaga orang-orang tersayang dan kawan-kawan yang diluar sana kerana saya ada rasa tanggungjawab. Saya berdoa agar semua keputusan yang bakal saya terima nanti negatif.
“Namun jika sebaliknya, saya redha untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Setakat dari tarikh 23 hari bulan hingga ke tarikh 28 hari bulan ini alhamdulillah saya sihat dan harap sihat ini berterusan inshaAllah,” katanya lagi.
Meski ada yang kurang senang melihat Nizam memenuhi jemputan nyanyian di Sabah, penyanyi tersebut punya alasannya yang tersendiri.
“Namun pada yang marah-marah dan bertanya ‘ dah tahu sana ada kes kenapa pergi juga…ini jawapan ikhlas saya :
“Atas meja saya perlu pastikan ada makanan kerana saya tidak mahu meminta-minta. InshaAllah Allah tahu niat saya,” tulisnya.
Sumber: Instagram Nizam Laksmana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI