Status yang dikongsikan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz menerusi Twitter miliknya awal malam tadi menjadi perhatian netizen.
Menerusi twit tersebut, Aliff seakan meluahkan rasa hati, memohon pertolongan Yang Maha Esa perihal jodoh.
“Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seadainya dia bukan jodohku, Jadikanlah aku jodohnya,” tulisnya.
Lantas, kata-kata yang ditulis oleh penyanyi lagu Sayang-Sayang itu telah mendapat perhatian netizen.
Bahkan sekaligus, status tersebut meraih lebih 1000 seribu tanda suka di laman media sosial berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen pula, pastinya netizen telah meninggalkan dengan pelbagai kata, termasuk yang berbaur negatif buat penyanyi asal Singapura itu Aliff.
Terdahulu, Aliff dah isterinya, Bella telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.
Foto : Instagram & Twitter Aliff Aziz