Menjawab persoalan netizen apa yang dilakukan Mira Filzah andai kehilangan insan tersayang, jelas pelakon popular ini, segala perasaan adalah berbeza mengikut individu dan sebab kehilangan.
Namun, apa yang penting adalah doakan yang terbaik untuk mereka.
“Apa yang Kak Mira buat kalau kehilangan orang yang kita sayang.
“Susahnya soalan tu. Orang yang kita sayang daripada segi apa. Kalau ibu bapa berbeza. Kalau pasangan berbeza, kalau kawan baik berbeza. Perasaan tu berbeza-beza.
“Kehilangan sebab apa. Kalau meninggal lagi la lain kan rasa dia. Kalau putus, itu pun lain juga.
“Tapi apa yang kita buat? Tak ada apa-apalah, cuma kalau kita kehilangan orang yang kita sayang tu, kita masih sayang dia dan kita kehilangan dia, doakanlah yang terbaik untuk dia.
“Doa is the best gift untuk orang yang kita sayang. Walaupun dia tak tahu tapi kita dengan Allah tahu. Mungkin Allah akan sampaikan doa itu untuk dia juga. Kalau kita doa untuk dia, dia akan tergerak hati untuk tiba-tiba tergerak hati teringat kita ke. Mira selalu buat macam itu.”
“Give love in secret by praying for one another. Nothing proves that you love someone more than mentioning them in your prayers. It is the best gift ever.” .
“On this blessing Friday, lets pray for yourself and your loved ones. Cakap dalam hati pun satu doa, no one knows what’s inside your heart, tapi kita tahu, Allah tahu.
“Dear no one, you’ll always be in my prayers.”
Apa yang menarik perhatian adalah ‘dear no one’ yang dititipkan bersama dalam doa.
Malah, nasihat heroin Pujaan Hati Kanda ini untuk terus mendoakan walaupun tidak diketahui insan tersebut dipuji netizen.
Foto : Instagram Mira Filzah