
Menerusi akaun Instagram, penyanyi Wany Hasrita memaklumkan ibunya, Norita Jaafar diserang denggi.
Lalu, penyanyi lagu Terlalu Memuja ini memohon peminat mendoakan agar ibunya kembali sihat dan pulih.
“Cepat baik kay! Boleh balik tgk kucing.
Doa kan ibu wanyy tau, dia kena denggi.,” tulisnya.
View this post on InstagramCepat baik kay! Boleh balik tgk kucing. ❤️ . Doa kan ibu wanyy tau, dia kena denggi. 🤲🏻
A post shared by WH (@wanyhasrita) on
Pada masa sama, rata-rata peminat turut mendoakan agar ibu Wany cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Foto: Instagram Wany Hasrita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Pernah Fikir Juga, Alamak Ramainya Pendatang Baru,” – Anzalna Percaya Rezeki, 9 Tahun Dulu Sertai Dewi Remaja

Pendatang bakat baru dalam industri hiburan lokal datang dan pergi dan boleh diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Pelakon jelita, Anzalna Nasir misalnya mengakui tidak berasa tercabar dengan kelahiran bakat baru dalam industri hiburan.
Ini kerana, baginya masing-masing mempunyai bakat tersendiri misalnya pendatang baru yang dicungkil menerusi program realiti Pencarian Dewi Remaja.
Terjun ke dunia seni selepas menyertai program sama hampir sembilan tahun lalu, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir juga percaya rezeki.
“Walaupun Anzalna dah ada anak, dulu pernah fikir juga alamak ramainya pendatang baru.
“Seperti saya yang bergelar isteri dan ibu, mesti orang akan fikir saya seperti berada pada satu tahap berbeza.
“Tapi selepas habis pantang, hari yang ke-45, saya akui ada terima tawaran berlakon dari syarikat produksi. Akan tetapi tawaran tersebut terpaksa tolak cara baik kerana saya lebih selesa untuk jaga anak kecil sendiri,” jelas Anzalna.
Pada masa sama, Anzalna menyifatkan kehadiran anaknya yang dilahirkan pada 31 Mei lalu sebagai rezeki bermakna.
“Eidress boleh diibaratkan satu anugerah yang paling indah dalam hidup dan itu juga yang kami nantikan selama ni.
“Jadi bila ada dia saya kena hargai apa yang Allah bagi dekat saya dan kena bagi fokus yang sepenuhnya terhadapnya juga selain suami.
“Apa pun, saya tidaklah ada rasa tercabar dengan bakat-bakat baru, rezeki Allah itu luas dan sentiasa ada, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Anzalna ditemui MH pada majlis pelancaran tudung jenama HANAMI yang berlangsung di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sekadar informasi, Anzalna merupakan bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/2010 sezaman Izara Aishah, Syatilla Melvin, Azar Azmi dan juaranya, Neelofa.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Genap 7 Hari, Nadzmi Adhwa Dedah Nama & Wajah Penuh Puteri Sulung, Arwa Malaikha Urwa

Genap tujuh hari dilahirkan, akhirnya pelakon, Nadzmi Adhwa mendedahkan nama puteri sulung mereka, Arwa Malaikha Urwa.
Perkara tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu menerusi akaun Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa @babyadhwardell My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga.
“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari.
“Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan.
“Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini Salam Jumaat,” tulisnya.
Menurut Nadzmi, video yang dimuat naik itu dirakam saat anaknya baru dilahirkan dan selesai diiqamatkan.
Video tersebut nyata menarik perhatian ramai setelah meraih lebih 150,000 tontonan dan dihujani lebih ribuan komen tidak sampai sejam ia dimuat naik.
Perkara sama turut dimuat naik oleh Ardell menerusi platform Instagram miliknya .
Pada masa sama, pasangan tersebut turut telah mencipta akaun Instagram buat anak sulung mereka dengan menggunakan nama @babyadhwaardell.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Nadzmi dan juga Ardell.
Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 1 September 2019 dan telah dikurniakan cahaya mata pertama pada 5 Jun 2020 lalu.
Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Persembahan Kamu Paling Sempurna,” – Tewaskan Peserta Profesional, Syarif Dan Syaiful Juara Famili Duo 3 & Kaut RM100,000

Berjaya menambat hati para juri menerusi bersembahan kreatif hampir setiap minggu, akhirnya duo pelawak, Sharif dan Syaiful telah dinobatkan selaku juara Famili Duo musim ketiga.
Kemenangan tersebut membolehkan pasangan adik beradik yang juga merupakan anggota kumpulan lawak, Zero itu membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Syarif yang mengalirkan air mata akui sebak dan menyifatkan perjuangan mereka selama ini berbaloi.
“Ini tangisan kepuasan. Kami telah berusaha menerikan persembahan terbaik setiap minggu. Alhamdulillah, Allah balas perjuangan kami,” katanya.
Malah, Syarif dan Syaiful juga mecatatkan sejarah sebagai duo pelawak pertama yang memenangi program realiti nyanyian ini.
Pada malam ini, kedua-dua persembahan
Syarif dan Syaiful yang membawakan lagu Kong Kali Kong dan madley Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang dan Joget Angan Tak Sudah berjaya memperoleh markah penuh iaitu 10 daripada juri Ajai dan Mas Idayu.
Menurut Ajai, Syarif dan Syaiful merupakan peserta yang bijak memilih lagu dan merancang persembahan.
“Kamu artis yang bijak memilih lagu. Kamu pergi kepada kemampuan dan tidak membodohkan diri. Saya tak perlukan pun penyanyi yang bersuara tinggi-tinggi cuma suara yang bersesuaian.
“Percaturan kamu bagus pada hari ini,” komen Ajai.
Sementara itu, juri Mas Idayu pula menzahirkan rasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh duo berkenaan sepanjang bertanding di progam ini.
“Pada malam final ini, persembahan kalian paling berusaha. Kamu peserta paling berusaha untuk berada sehingga ke tahap ini.
“Awak pandai pilih lagu dan mengambil hati penonton. Saya tak boleh bayang dan tak tahu sejauh mana latihan kalian. Saya dapat merasakan kepuasan. Persembahan kamu paling sempurna,” kata Mas Idayu.
Dua lagi finalis yang turut bertanding pada pentas akhir ini adalah duo adik beradik, Adira & Emma Suhaimi dan duo sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.
Pentas akhir Famili Duo telah berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam, Selangor pada Ahad dan dihoskan oleh pasangan selebriti Janna Nick dan Izzue Islam.
Terdahulu, Famili Duo yang bersiaran selama lapan minggu menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.
Selain tiga finalis terbabit, tiga pasangan lain yang turut bersaing sebelum ini ialah Tom & Fuad, Ryan Bakery & Adam Bakery, Shila Amzah & Syahir Amzah
Pentas akhir Famili Duo musim ke-3 turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Syamel dan Ernie menerusi lagu Selangit dan Lagu Rindu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI