Penyanyi dangdut, Mas Idayu telah meraikan hari jadinya yang ke-50 tahun malam tadi bersama kawan-kawannya.
Momen indah itu dikongsikan Mas atau mesra dengan panggilan Mummy menerusi akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Cintaku 100% itu turut menitipkan doa agar sahabat sentiasa ada bersamanya tidak kira susah atau senang.
“Di setiap genapnya 10 hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku tq Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini, semoga mereka yang sentiasa didekatku akan selalu ikhlas syg padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku….
“Kerana disetiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir utk bersahabat, menjadi saudara islam yang sesungguhnya,”tulisnya lagi.
Anak kelahiran Kota Tinggi, Johor Bahru itu juga mahukan yang terbaik untuk sahabatnya dan moga dijauhkan dari musuh.
“Semoga dikeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!! Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk di jadikan saudara apa adanya …
“Hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba….. tq semua tq sahabat semoga anda juga ikhlas untuk bersamaku..,” tulis Mas.
Berikut adalah sekitar momen indah Mas ketika meraikan hari jadinya itu.
Foto : Instagram Mas Idayu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI