
Pelakon, Wan Sharmila atau lebih sinonim dengan panggilan Lala ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Lalu, bintang kelahiran Johor Bahru ini ada berkongsi cerita bersama pengikutnya di platform berkenaan.
Kongsi bintang berusia 38 tahun ini, dia ada menerima gambar berunsur lucah yang telah dihantar oleh netizen menerusi media sosial.
“Ni lagi satu jenis manusia yang terlebih akal mungkin. Keep on hantar aku gambar lucah.
“Sempena hari Jumaat ni kita ramai2 doakan apa yg patut untuk manusia ni.,” tulisnya.
Di samping itu, peminat turut berasa marah apabila melihat perkongsian Lala tersebut.
Sebelum ini, pelakon drama Remuk ini juga pernah mendedahkan akaun seorang individu yang turut menghantar teks berbau lucah terhadapnya.
Foto: Instagram Wan Sharmila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Yah Kecam-Kecam Sangat La, Chill Je,” – Isu Aiman Tino, Fara Hezel Minta Netizen Releks

Selepas ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil yang telah mengeluarkan kenyataan di Instagram berhubung hal melibatkan dengan anaknya, baru-baru ini, warganet tampil memberikan reaksi pelbagai.
Aiman bagaimanapun telah pun memohon maaf atas khilaf yang dilakukan seterusnya menjelaskan punca salah faham yang berlaku, sebagaimana yang dilaporkan media.
Susulan daripada itu, kakak kepada penyanyi berkenaant, Fara Hezel turut memohon agar netizen bertenang selain berharap agar semua pihak tidak terus menghakimi.
Perkata tersebut dikongsikan penyanyi ini menerusi satu posting di Insta Story.
“Netizen relax eh. Tak yah kecam2 sgt la… Chill je. Mind your own business! Byk eh masa korang nak komen2.
“Ingt ye guys korang pon ada keluarga, so stop judge my family. #mindyouronbusiness,” tulisnya.
Sementara itu menerusi beberapa posting lain menerusi aplikasi sama, Farah ada memuat naik beberapa respon peminat.
Terdahulu, ibunya mendakwa penyanyi yang sinonim menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu ‘buat hal’ hingga mengganggu urusan berkaitan kerjaya seninya.
Sementara itu di dalam satu muat naik terbaru Aiman di Instagram, dia menulis kapsyen yang seolah-olah meluahkan rasa terhadap apa yang berlaku.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti serta peminat turut memberikan kata semangat buatnya.
Foto: Instagram Farah Hazel, Aiman Tino
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Niat Saya Bukanlah Untuk Ambil Kesempatan, Sebaliknya…,” – Jasmine Suraya Sambut Baik Isu Tajaan Pendidikan Dapat Perhatian Menteri

Pelakon Jasmine Suraya menyambut baik dan menghargai kesudian Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang mahu mengkaji lebih lanjut mengenai isu tajaan pengajian yang disuarakan olehnya, baru-baru ini.
Terdahulu, Jasmine atau nama penuhnya, Jasmine Suraya Chin, berkongsi azamnya untuk ke Los Angeles, Amerika Syarikat selama setahun untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ‘method acting’.
Bagaimanapun, Jasmine mengakui ada memohon tajaan daripada beberapa pihak, namun akur apabila ia tidak melepasi ke fasa seterusnya.
“Dalam temu bual bersama rakan media, saya akui ada memohon tajaan pendidikan. Namun tidaklah sehingga tahap meminta-minta. Cuma hanya mencuba nasib.
“Sekiranya diterima, syukur dan apabila tidak diterima, saya memang sudah bersedia awal dari segi kos dan perbelanjaan pengajian,” katanya.
Tambah Jasmine, dia turut menjual beberapa aset bagi tujuan pengajian di sana.
“Semua kos pengajian adalah daripada duit saya sendiri. Hasil simpanan, jualan aset dan kerja keras saya.
“Niat saya memohon tajaan bukanlah bererti untuk mengambil kesempatan, sebaliknya jika diluluskan, sekurang-kurangnya saya boleh berjimat untuk perbelanjaan lain di sana nanti,” katanya lagi.
Namun, Jasmine terkilan apabila kenyataannya itu disalah erti, seolah-olah dirinya menggunakan tiket sebagai selebriti untuk meraih perhatian pihak kementerian berkaitan.
“Ingin saya jelaskan disini, saya meluahkan pendapat di mana anak seni yang mempunyai potensi besar serta mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti hebat juga mungkin boleh dipertimbangkan permohonan tajaan mereka.
“Saya juga ada berkongsi kegusaran saya untuk anak-anak Malaysia lain yang mempunyai bakat namun tidak berkemampuan juga harus diberikan peluang menerima tajaan pendidikan terutamanya di universiti ternama.
“Mana tahu satu hari nanti mereka mampu mengharumkan nama negara dan menyumbang kepada ekonomi negara terutamanya dalam bidang perfileman,” katanya.
Justeru Jasmine berharap, penjelasan ini membuka mata semua pihak di mana setiap orang termasuk anak seni lain juga layak diberikan peluang menerima tajaan pendidikan menerusi saluran yang betul.
Bercerita mengenai tawaran pengajiannya itu, Jasmine yang bakal melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theatre and Film Institute di Los Angeles merupakan satu-satunya anak Malaysia yang diterima untuk pengambilan kali ini.
Untuk rekod, Institusi berkenaan pernah melahirkan alumni hebat bertaraf bintang seperti Lady Gaga, Angelina Jolie, Scarlett Johansson dan ramai lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rai Anniversary Ke-16, Istimewanya Ucapan Fazley Buat Isteri; “Terlalu Banyak Dugaan… Bukan Daripada Kita Berdua…”

Penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersyukur perkahwinannya bersama isteri, Datin Azrene Ahmad genap mencapai usia 16 tahun pada Isnin.
Menerusi laman Instagram miliknya, Fazley, 44, memberikan coretan istimewa buat isterinya yang selama ini sentiasa berada di sampingnya dalam keadaan susah dan senang.
“We made it! 16 years today Adik Sayang (panggilan untuk isteri)!!
“Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali bukan daripada kita berdua tetapi selalu daripada mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyang masjid yang kita bina selama ini.
“Terlalu besar pengorbanan kedua-dua keluarga kita demi memastikan cinta kita bersatu dalam ikatan pernikahan pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab,” tulis Fazley di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu juga, Fazley turut mendedahkan isterinya pernah mengalami sebanyak 13 kali keguguran sepanjang tempoh mereka melayari bahtera perkahwinan.
“Syukur Alhamdulillah, walaupun berhadapan dengan 13 kali keguguran termasuk dua pasangan kembar di mana salah satunya kembar anak sulung kita, kini kita berjaya membesarkan tiga anak lelaki dan seorang puteri. Allah Maha Besar, segala ketentuanNya takkan mampu sesiapa pun ubah.
“Thank you Adik Sayang, untuk segala pengorbanan, sama ada yang besar atau kecil, yang abang tahu dan yang abang tak tahu. Abang hargai everyone of it!
“Happy 16th anniversary my Adik Sayang!” tulis Fazley.
Penyanyi lagu Asmara Ini itu mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 7 November 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI