“Doakan Apa Yang Patut Untuk Manusia Ni,”- Dapat Foto Lucah, Wan Sharmila Dedah Paparan DM!

Share

Pelakon, Wan Sharmila atau lebih sinonim dengan panggilan Lala ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Lalu, bintang kelahiran Johor Bahru ini ada berkongsi cerita bersama pengikutnya di platform berkenaan.

Kongsi bintang berusia 38 tahun ini, dia ada menerima gambar berunsur lucah yang telah dihantar oleh netizen menerusi media sosial.

“Ni lagi satu jenis manusia yang terlebih akal mungkin. Keep on hantar aku gambar lucah.

“Sempena hari Jumaat ni kita ramai2 doakan apa yg patut untuk manusia ni.,” tulisnya.

Di samping itu, peminat turut berasa marah apabila melihat perkongsian Lala tersebut.

Sebelum ini, pelakon drama Remuk ini juga pernah mendedahkan akaun seorang individu yang turut menghantar teks berbau lucah terhadapnya.

Foto: Instagram Wan Sharmila

Published by
Nazar Rafiqhi