Pelakon, Idzham Ismail berkongsi khabar kurang gembira apabila memaklumkan dia kini bersama seluruh ahli keluarga terpaksa ditahan di hospital buat sementara waktu.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada perincian dibuat berhubung perkara berkenaan.
Cuma menurut Idzham, hari ini merupakan hari bersejarah buat keluarganya kerana mereka ditempatkan di sebuah hospital yang sama termasuklah isterinya yang kini sedang hamil anak kedua mereka.
“Hari bersejarah, satu family masuk hospital yang sama.
“Doakan saya, Inara, wife saya Abilah dapat pulih cepat dan dapat diacharge . Thank you yang mendoakan,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan pelakon drama Juvana itu menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, Idzham turut memberitahu, dia bersama ahli keluarganya yang lain ditempatkan di wad berasingan.
“Will be back stronger. Doakan saya, wife saya, anak saya, baby dalam kandungan cepat sembuh dan selamat. InsyaAllah.
“Saya masuk wad lain, wife masuk wad lain, Inara wad lain.
“Yang satu wad baby adik dengan wife saya sebab dalam perut lagi.
“Mohon doakan kami kesembuhan secepat mungkin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan moga Idzham sekeluarga lekas sembuh dan dipermudahkan urusan.
Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan pramugari, Siti Nur Abilah Shamsudin pada 27 Ogos 2016.
Sumber: Instagram Idzham Ismail