
Selepas berkongsi keadaan isterinya, Siti Sarah, ruang komen di Instagram Shuib dihujani dengan titipan doa mengharapkan agar penyanyi berkenaan serta bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.
Sarah yang disahkan positif Covid-19 terpaksa dikejarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
“Assalammualaikum semua, sy mohon DOAKAN ISTERI SY SITI SARAH BT RAISSUDDIN. DOAKAN SEMOGA DIA DAN ANAK DALAM KANDUNGAN DIBERI KESIHATAN KEMBALI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. ALLAH MAHA SEGALANYA,” tulis Shuib sebagai kapsyen.
Lalu, para peminat meninggalkan komen yang baik-baik, memberikan semangat serta doa buat Shuib seisi keluarga.
Malah rakan selebriti turut menitipkan ucapan sama.
Terdahulu media melaporkan, Sarah yang kini sedang sarat hamil 7 bulan sepatutnya memotong gelang kuarantin pada Rabu, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Petang tadi kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans.
“Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya mulai menurun,” kata pengurus Sarah, Nana Mohamad Rom.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan Shuib, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anak sebelum dibawa ke hospital.
Pada 25 Julai lalu, Sarah di Instgram memaklumkan dia dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif COVID-19.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sama Cantik Sama Padan,” – Ini 14 Berita Perkahwinan Artis Kita, Tamatkan Zaman Bujang Pada…

Kalau sudah namanya jodoh, kemanisan sepanjang tahun 2022 pastinya menjadi momen terindah buat selebriti kita yang memilih untuk menamatkan zaman bujang masing-masing tahun ini.
Meski ada yang secara terbuka mendedahkan perjalanan cinta, namun tak kurang yang membuat kejutan sebelum berkongsi berita perkahwinan mereka.
Istimewa, MH rangkumkan 14 perkahwinan artis tempatan kita yang menjadi sorotan wargamaya sepanjang tahun ini.
Heliza & Mahadi
Tanggal 1 Januari 2022, penyanyi Heliza Helmi menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman,di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Bintang berusia 36 tahun itu sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz seterusnya menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin serta senaskhah al-Quran.
Zulin Aziz & Farhan Norzaini
Tarikh 20 Februari 2022 menjadi detik manis buat pasangan ini apabila majlis ijabkabul berjalan sempurna di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI) pada ketika itu.
Wany Hasrita & Mohd Al-Adib Fahmi
Sama cantik sama padan, Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun ini.
Akad nikah itu disempurnakan oleh bapanya sendiri Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin AlRasyid Mat.
Lia Aziz & Arash Azimi Anuar
Penyanyi yang popular menerusi lagu Kucu Kuca, Lia Aziz, 19, selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Arash Azimi Anuar, 24.
Dengan hanya satu lafaz, pemilik nama sebenar Nor Alia Farzana Abdul Aziz ini diinikahkan dengan Arash yang merupakan pemain gitar kumpulan Treehill.
Lia dan Arash telah mengenali hati budi masing-masing selama lebih dua tahun sejak keduanya dalam syarikat rakaman sama dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan mereka pada 22 Januari tahun sama.
Vanidah Imran & Arif Abdillah Idris
Vanidah Imran kembali bergelar isteri kepada Arif Abdillah Idris pada 7 Julai lalu selepas hampir empat tahun hidup bergelar ibu tunggal.
Pernikahan mereka telah dilakukan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Faizudz Saderi di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sharifah Amani & Syed Zainal Rashid
Sharifah Amani selamat bergelar isteri kepada Syed Zainal Rashid pada 10 September lalu, di dalam sebuah majlis yang dilakukan secara tertutup.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah JAWI, Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee serta berwalikan bapa pengantin perempuan.
Mas Idayu & Suffian Isa
Watch on TikTok
Mendapat perhatian peminat, penyanyi Mas Idayu, 50, akhirnya bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada pagi Jumaat 16 September 2022.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur dengan kehadiran keluarga terdekat dan pihak media.
Untuk rekod, Mas pernah berkahwin dengan aktor Aman Graseka pada 1997, namun bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan tersebut, Mas dan Aman dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ayiqa yang kini berusia 25 tahun.
Najwa Latif & Akwa Ariffin
Penyanyi Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap, Akwa Arifin dengan sekali lafaz pada 11 November 2022.
Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat. Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu.
Sweet Qismina & Adam Lee
Pasangan hero dan heroin menerusi drama Bidadari Salju ini selamat diijab kabulkan pada 24 Oktober dengan sekali lafaz.
Adam turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM2,410.97 sebagai simbolik kepada tarikh kelahiran Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24.
Majlis pernikahan pasangan selebriti itu diraikan di The Boathouse, Ampang Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan media.
Terdahulu, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober 2021 selepas tiga tahun percintaan.
Shahir Zawawi & Jaskin Jaludin
Shahir Zawawi, 34, selamat bergelar suami kepada Jaskin Jaludin, 30, dengan mask kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Majlis pernikahan pasangan ini telah dilangsung kan di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang pada 3 September 2022.
Syifa Melvin & Safawi Rasid
Pemain bola sepak kelab Johor (JDT) dan pasukan kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid telah selamat disatukan pempengaruh, Nur Shifa Athirah Amirol Melvin pada 28 November 2022.
Pada majlis ijabkabul, Safawi menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Syifa, sementara wang hantaran tidak didedahkan.
Dai Syed & Hana Ismail
Memilih tarikh 3 Disember 2022, penceramah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed selamat disatukan dengan wanita pilihannya, Hana Ismail.
Majlis berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, dan dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.
Anita Baharom & Engku Isyamuddin
Watch on TikTok
Anita Baharom telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Garden Hall, Bizmilla One City Subang Jaya dan pengantin perempuan menerima tiga keping dinar emas sebagai mas kahwin.
Sebelum ijab dan Kabul berlangsung, majlis khatam al-Quran oleh pengantin lelaki turut diadakan dan Anita turut berharap agar perkahwinan kedua ini dapat memberikan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Fatin Afeefa & Aliff Awang
Pelakon Fatin Afeefa bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, pada Jumaat.
Difahamkan, pemilik nama lengkap Fatin Nur Afifah Shamsudin itu dan pasangannya bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz.
Meski tiada pengesahan rasmi daripada pasangan raja sehari, namun berita gembira itu turut dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang menata rias bintang filem Tentang Bulan pada hari bahagianya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Tahu Siapa I, Family Dia Pun Dah Kenal I Tau,” – Bongkar Ramai Cuba Beritahu Fasal Siapa Dirinya Pada ‘Habibi’, Sajat Kata Usah Buang Masa!

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat hari ini ada menempelak pengguna media sosial yang menghubungi teman rapatnya, warga Lebanon yang dikenali sebagai Jad Issa seterusnya cuba memberitahu mengenai latar dirinya.
Sajat menerusi Instagram yang dikemas kini ada menyatakan teman rapatnya itu tidak hairan dengan apa yang perkatakan netizen terhadap dirinya.
Ini kerana, Sajat mendakwa lelaki berkenaan yang disinonim dipanggil ‘Habibi’ sudah sedia tahu termasuk ahli keluarga yang sudah mengenali.
Sajat pada masa sama turut rasa gembira kerana Jad Issa menerima dia seadanya.
“Omg ramai nya orang dm habibi i, beria ria nak bagi tahu i siapa!!! Untuk pengetahuan uols!! Habibi i tak heran pun korang nak cakap apa pasal nursajat!!! Dia tahu siapa i, family dia pun dah kenal i tau..i so happy because @jadooss accept me no matter who i am!
“Dont waste your time to dm or text my habibi to tell everything about me. You dont ever try to do like this because every single time he will always report at me screen shot and show to me what Malaysian people done to me.
“Tak sangka habibi i sejujur mcm ni pada i yg wanita yg tak bersalah dalam dosa serba keadaan. Yang penting mak perempuan dan direstui antara dua negara! Orang lain kita TL (Tak Layan) jeeeeeeerrrrr !!!!,” tulis penyanyi Makhluk Penggoda itu lagi.
Entri berkenaan turut terlampir beberapa teks yang dipercayai dihantar oleh pengguna media sosial terhadap teman rapat usahawan terbabit.
View this post on InstagramA post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ernie Berani Janji Tak Akan Nyanyi Lagu Misteri Tahun Ini… Apa Motif?

Penyanyi Ernie Zakri mempertahankan pendiriannya sebelum untuk tidak menyanyikan single terdahulunya, Misteri seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini.
Katanya kepada MH, dia tidak akan menyanyikan lagu tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.
“Saya mahu buka buku baru dan memandang ke hadapan. Memang kalau nak diikutkan, lagu tersebut saya sayang, tetapi rezeki tidak berpihak pada saya,” terangnya.
Ernie bagaimanapun mendedahkan, dia tidak mempunyai unsur dendam, sebaliknya hanya mahu memandang ke hadapan.
“Apabila bercakap mengenai move on, jadi saya betul-betul kena move on. Tidak lagi boleh memandang ke belakang.
“Jadi untuk tempoh tahun ini, saya berani berjanji tidak akan menyanyikan lagu berkenaan,” akui Ernie meski tidak menafikan masih ada permintaan untuk mempersembahkan lagu tersebut.
Pada masa sama, penyanyi berusia 26 tahun itu turut memberitahu, dia perlu tekad dengan keputusan yang dibuat dan dia perlu reda.
“Memanglah berat tapi mahu tidak mahu, saya kena reda memandangkan banyak lagi lagu yang boleh dinyanyikan.
“Pada masa sama, masih besar peluang pada masa depan, InsyaAllah,” kongsi Ernie berhubung lagu ciptaan Gouffran dan Sang Hitam itu.
Terdahulu, Ernie ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha An Afternoon of Elegance with Syamel & Ernie Zakrie – When Hearts Needs A Beat yang bakal diadakan Hotel Marriot Putrajaya 24 April depan.
Turut sama bergandingan dengan penyanyi terbabit untuk persembahan istimewa itu ialah Syamel.
Kontroversi Misteri mulai tercetus apbila lagu tersebut gagal mara di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33 tahun lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI