Program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke sepuluh atau All Stars Gegar Vaganza (GV10) kini kembali sekaligus memulakan saingannya bermula 24 September depan.
Lebih istimewa, edisi kali ini menampil 10 bekas juara dari musim pertama hingga kesembilan.
Barisan bintang yang akan kembali bertanding adalah Ayai, Siti Nordiana, Azharina, Naqiu dan Hardy Mirza.
Turut sama bersaing bagi merebut gelaran juara kali ini termasuk Noryn Aziz, Datuk Aishah, Cliff Umar, Aliff Aziz serta Jaclyn Victor.
Sementara itu lima peserta pilihan yang terdiri pemenang tempat kedua ketiga dan keempat juga disenaraikan menerusi kerusi ‘hot seat’.
Bagaiamanapun hanya empat yang terpilih akan bertanding di pentas GV10 bersama sepuluh peserta lain yang akan akan dipilih berdasarkan undian penonton.
Sama sebelum musim terdahulu, barisan juri ialah maestro muzik Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
‘All Stars Gegar Vaganza’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.
Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khamis lalu, penyanyi seberang yang hits menerusi single Lagi Syantik, Siti Badriah telah pun melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pilihan, Krisjiana Baharudin.
Majlis yang berlangsung serba meriah di Pajetan, Jakarta Selatan itu turut diraikan keluarga dan sahabat handai.
Sama cantik sama padan menerusi persalinan serba kelabu, bintang yang mesra disapa Sibad ini tampak berseri-seri menerusi beberapa keping foto yang yang dikongsi di laman Instagram rasmi milik penyanyi berkenaan.
Malah, Sibad turut memuat naik video sekitar majlis tunang yang telah pun berlangsung dengan kapsyen;
“Bismillah semoga ini awal kebahagiaan kami. Terimakasih untuk semua doa dan bantuannya untuk kami berdua,” tulisnya sambil menitipkan dedikasi buat semua krew terlibat.
Rata-rata peminatnya juga turut mengucapkan tahniah dan berdoa agar hubungan keduanya dipermudahkan.
Foto: Instagram Siti Badriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibarat langkah kanan, permulaan tahun 2024 dilihat sangat cemerlang buat penyanyi Aina Abdul yang telah pun memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan yang mengangkat bakatnya sebagai insan seni.
Menurut Aina, selain sokongan padu peminat, berkat doa daripada seorang ibu juga memainkan perasan yang sangat besar.
“Saya rasa ini merupakan berkat doa ibu yang juga merupakan peminat nombor satu saya.
“Ibu sentiasa menonton saya daripada jauh walaupun dia tidak akan mengikuti saya ks acara-acara luar.
“Saya lebih rela ibu mendoakan daripada rumah supaya saya tidak perlu risau tentang keadaannya jika dia ikut saya. Lagi pun, dia juga sudah berusia.
“Terima kasih ibu, ahli keluarga dan kelab peminat, Aination yang sentiasa mendoakan saya dan minta saya berehat,” katanya kepada MH.
Ainaa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis anugerah, Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.
Terdahulu, Aina telah dinobatkan selaku pememang bagi kategori Lagu/ Audio Tergempak 2023 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Pada masa sama, Aina turut memaklumkan dia sering mendapat teguran dan kritikan jujur daripada ibunya demi memperbaiki dirinya pada masa akn datang.
“Dia merupakan pengkritik tegar saya. Setiap kali saya habis persembahan, keesokkan harinya, pada waktu Subuh, saya kena bersedia dengan mesej yang bertalu-talu.
“Ibu selalu beri peringatan dan luah rasa bangga. Namun, tak semua mesej itu yang indah-indah sahaja.
“Sebagai ibu, dia pasti akan berikan kritikan paling jujur yang tidak akan saya terima daripada kawan-kawan atau orang sekeliling.
“Dia juga tegur mengenai pakaian saya. Kalau pelik sangat pun, dia tak izinkan. Ada juga baju yang ibu larang saya pakai lagi,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai penerimaan ibunya saat dia berdepan kontroversi, ini reaksi yang dikongsikan Aina;
“Ibu akan tahu juga. Ada kalanya, saya merasakan situasi ini agak tidak sihat buat ibu. Walaupun ibu tiada media sosial, dia akan ambil tahu daripada Youtube atau televisyen.
“Dia akan baca semua komen yang dia nampak. Hal itu agak merisaukan saya. Tak semua komen yang saya terima itu indah. Ada kalanya pedas.
“Bayangkan hati seorang ibu bila melihat komen-komen sebegitu. Namun, itu adalah tanggungjawab saya untuk terangkan hal sebenar,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!