Memilih tarikh 22 Disember 2019 bagi menamatkan status duda, penyampai radio, Issey Fazlisham selamat menjadi suami kepada Noor Aimi Mohamed Jamil yang bekerja sebagai pengurus sumber manusia yang berasal di Kelantan.

Issey, 33, memilih Aimi yang berstatus ibu tunggal beranak tiga itu menjadikan hidupnya lebih bahagia dan rasa disayangi.

Bagaimanapun, ada individu yang melontarkan komen berbaur negatif apabila beranggapan bahawa Issey bernasib malang kerana perlu menanggung tiga orang anak tiri.

“Doakan Jadi Daddy Terbaik,” – Amanah Allah, Issey Positif Menjaga Tiga Anak Tiri

Memberikan respon positif, anak kelahiran Kelantan itu tidak ‘termakan’ dengan komen tersebut, sebaliknya bersyukur akan amanah yang diberikan oleh Allah untuk menjaga anak-anak berkenaan.

IKLAN

“Lagi happy ada lah sis.. Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalangan.

“Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ye? huhu. Ni komen dekat ig wife issey. Biarlah orang nak kata apa @aimi_jamel . Janji u tetap my Stephen Chow

“Doakan Jadi Daddy Terbaik,” – Amanah Allah, Issey Positif Menjaga Tiga Anak Tiri

IKLAN

Terdahulu, pasangan itu bernikah pada 22 Disember lalu di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan dengan bertemakan ‘English Garden’.

Dalam masjlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin senaskah al-Quran dan sebentuk cincin.

View this post on Instagram

❤️Daddy . . They love u @isseyfazlisham

A post shared by aimijamel (@aimi_jamel) on

IKLAN

Foto : Instagram Issey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI