
Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, pemain bola sepak Zaquan Adha ada berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram miliknya.
Zaquan memaklumkan dia dan isterinya bakal menunaikan ibadah umrah dan telah berangkat ke tanah suci Mekah, pagi tadi.
“Salam semua..saya dan isteri akan berangkat menunaikan ibadah umrah.
“Semoga segalanye dipermudahkan dan doakan kami suami isteri mendapat umrah yang mabrur..amin..,” tulisnya.
Di samping itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan umrah pasangan ini dipermudahkan sepanjang proses umrah.
Untuk rekod, Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha Abdul Radzak yang merupakan pemain bola sepak negara pada 21 Januari 2011.
Semoga kalian serta jemaah lain selamat pergi dan kembali, amin.
Foto: Instagram Zaquan Adha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maafkan Segala Kekasaran, Halalkan Makan Minum Aku,” – Noh Salleh Beri Bayangan, Seolah-Olah Nak Undur Diri Dari Hujan?

Vokalis kumpulan Hujan, Mohammad Noh Salleh baru-baru ini ada memuat naik status di Instagramnya berhubung kejayaan pencapaian muziknya dalam industri selama 15 tahun.
Menerusi status berkenaan, penyanyi itu seolah-olah bagai memberi ‘bayangan’ untuk mengundur diri dari kumpulan tersebut.
Malah, suami kepada bekas penyanyi Mizz Nina itu mendedahkan bahawa ia merupakan kali terakhir melakukan persembahan Rock The City Festival Melaka bersama kumpulan terbabit pada 29 Februari lalu.
“Tak tau bila show terakhir aku nanti. Mungkin Melaka tu last aku dengan Hujan, Sabah tu last aku akustik sorang2. Apa2 boleh jadi, kecederaan yang dasyat sampai cacat, sampai ajal, dan macam2 lagi kemungkinan.
“Biar semua orang tau, I had a great time deliver musik kepada kalian semua. Tiada kurang atau lebih, semuanya sempurna nikmat Tuhan bagi kat aku. Orang tua yang masih kuat dan sihat, masih boleh contact adik beradik keluarga.
“Yang kurang cuma aku, kurang ajar dan adab, dengan malasnya, dengan sombongnya. Harap maafkan segala kekasaran saya selama kita bersama, halalkan makan minum, terambil sengaja atau tidak, sementara aku hidup ni kalau ada hutang yg aku tak sedar mohon message straight je kat DM or comment.
“Thankyou so much semua! Semoga panjang umur kita semua untuk bertemu kembali. Kalau tak, see you on the other side. إن شاء الله.,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersedih atas perkongsian yang dimuat naik anak kelahiran Sarawak itu.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada kenyataan kukuh dari Noh mengenai perkongsiannya itu.
Untuk pengetahuan, kumpulan Hujan ditubuhkan pada tahun 2005 yang terdiri daripada empat orang pemuzik.
Antara lagu yang menjadi siualan ramai adalah Bila Aku Sudah Tiada, Mencari Konklusi dan Pagi Yang Gelap.
View this post on InstagramA post shared by hujanband (@hujanband) on
Foto : Instagram Noh Salleh, Hujan Band
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kisah Nyata, Dia Terkorban Saat Bawa Baju Pengantin Naik Motor,” – Penjelasan Syarikat Rakaman Bagai Perjelas Bisikan Misteri MV Hashmitha?

Penyanyi baru Hashmitha muncul dengan single pertamanya yang berjudul Takkan Kembali.
Meski mendapat reaksi positif daripada pencinta muzik lokal sejak muzik videonya dilancarkan 15 Mac lalu, namun ada di antara peminat yang mulai ‘rasa seram’ apabila dakwa mereka, terdengar seperti ada suara misteri di dalam video muzik berkenaan.
Menerusi pemerhatian komen yang ditinggalkan di YouTube, netizen mendakwa suara tersebut boleh didengari dengan jelas pada minit ke 2:10 menerusi muzik video yang berdurasi lebih enam minit itu.
Malah ada yang bertanya adakah dia seorang yang perasan dengan kehadiran suara berkenaan.
“Kenapa ada suara berbisik, korang tak perasan ke atau aku seorang yang perasan? Seram beb…,” tulis salah seorang pendengar di samping komen-komen lain.
Bagaimanapun, syarikat rakaman bintang remaja itu, Datu Entertainment tampil memberikan reaksi menerusi ruangan komen sama, minggu lalu.
“Ini merupakan kisah nyata dari salah seorang rakan kami, apabila dia terkorban saat membawa baju pengantin naik motor.
“Semoga arwah tenang disana..teruskan menyokong DATU Entertainment dengan mengkongsikan video ini, komen, like dan subscribe channel ini..terima kasih,” tulis admin Datu Entertaiment.
Sehingga kini, muzik video tersebut sudah pun ditonton hampir 150,000 kali.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walau Kadang Bila Shopping, Mata Duk Pandang Fesyen Yang Dah Tak Boleh Dipakai,” – Watie Usaha & Syukur, Kini Setahun Berhijab

Usahawan yang juga bakal isteri kepada Shuib tidak menafikan proses penghijrahan diri bukanlah sesuatu yang mudah.
Menurut Watie selepas membuat keputusan mengenakan hijab lebih setahun lalu, untuk kekal istiqamah sudah tentu memerlukan kekuatan dalam diri.
“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.
“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” jelasnya.
Watie berkongsi perkara itu menerusi salah satu perkongsian di Instagram.
Bagaimanapun, Watie memaklumkan dia akan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Sedar masih banyak kekurangan… Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki… Sedar masih banyak yang yang perlu ditutupi.
“But small step are better than none… Slowly but surely… Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI