Bila tibanya bulan Ramadan, kebanyakan daripada kita sudah tentu ingin bergegas pulang ke rumah atau pun singgah ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka.

Insiden tersebut ada kalanya akan menyebabkan lalu lintas menjadi agak sesak sehingga memerlukan bantuan daripada pihak polis trafik.

Sedang kita mengejar waktu untuk ke destinasi yang ingin dituju, pihak polis trafik akan sentiasa memastikan keadaan jalan raya akan berjalan dengan lancar meski pun selepas waktu berbuka.

Itulah yang cuba disampaikan oleh, suami kepada pelakon, Mira Filzah, Wan Emir Astar apabila dia menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama menghargai penat lelah pihak polis traffik yang telah melaksanakan tugas mereka  dengan baik lebih-lebih lagi  di bulan Ramadan ini.

“Kebanyakan daripada kita akan merempuh trafik jam selepas waktu bekerja.

Ads

“Dalam kita sibuk bergegas ke rumah/bazar Ramadan untuk berbuka puasa bersama keluarga, polis trafik akan terus bertugas untuk memudahkan pergerakan dan urusan kita.

“Doakan kebaikan mereka sekeluarga,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Emir menerusi entri terkini di lalam Twitter miliknya.

“Doakan Kebaikan Mereka Sekeluarga,” – Mudahkan Urusan Lalu Lintas Di Bulan Puasa, Wan Emir Astar Seru Ramai Hargai Tugas Polis Trafik “Doakan Kebaikan Mereka Sekeluarga,” – Mudahkan Urusan Lalu Lintas Di Bulan Puasa, Wan Emir Astar Seru Ramai Hargai Tugas Polis Trafik “Doakan Kebaikan Mereka Sekeluarga,” – Mudahkan Urusan Lalu Lintas Di Bulan Puasa, Wan Emir Astar Seru Ramai Hargai Tugas Polis Trafik

Ads

Dalam pada itu, Emir turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga para petugas polis traffik ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Dalam perkembangan lain, Emir ada membuat penampilan khas bersama Mira untuk sebuah drama pendek terbitan sebuah jenama telefon pintar antarabangsa.

Video berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak yang teruja melihat telatah pasangan suami isteri itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar gandingan Mira dan Emir dapat diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.

“Seriuslah, sepanjang iklan ni berlangsung, aku asyik senyum je memanjang dan baru kali ni aku menghayati iklan telefon. Good job Emir and Mira,” komen seorang individu.

“Baru kalini aku tengok iklan phone sampai habis,” tulis seorang individu pula.

“Aku sorang je ke nangis tengok ni. Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi sinar yang baharu untuk kita semua dan dapat menyambut lebaran bersama yang tersayang. In syaa Allah,” luah seorang individu di Youtube.

Sumber: Twitter Wan Emir Astar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI