
Baru-baru ini, pelakon Sheila Mambo telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menyedihkan, Sheila telah memaklumkan pelakon Ku Faridah atau nama sebenarnya, Ku Fridah Ku Shafie telah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sg. Buloh, Selangor.
Menurut Sheila, keadaan pelakon senior itu kini semakin lemah akibat menghidap penyakit jangkitan paru-paru.
“AsSalamualaikum.. Doakan buat Ku Fridah bt Ku Shafie Sekrang berada di icu ,keadaan sgt lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan paru, dlm darah.. SubhanAllah..Syafakillah..” kongsi Sheila.
Rata-rata netizen turut bersimpati dan berasa sedih dengan keadaan Ku Faridah. Malah, netizen juga turut mendoakan bintang drama itu kembali sihat seperti sediakala.
Ku Faridah sebelum ini sinonim menerusi drama tempatan.
Foto : Instagram Sheila Mambo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“2 Orang Peguam Akan Datang Kepada Kamu, Mana Mahu Lari,” – Puteri Sarah Nekad Ambil Tindakan Tegas Kepada…

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dirinya pernah nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah mengganggu serta membulinya di alam siber.
Bagaimanapun, dia memutuskan untuk tidak meneruskan laporan tersebut atas dasar simpati serta menghormati bapa kepada individu berkenaan.
“Kena kacau dan buli siber dengan teruk tapi tiada siapa nak pertahankan I. Pergi report polis tapi kesian punya pasal, tak teruskan.
“Bapak dia minta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.
Namun, Sarah mendedahkan individu berkenaan dilihat seakan tidak serik dan kembali menganggu ketenteramannya.
Enggan lagi memberi muka, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap individu terbabit.
Bagaimanapun, sehingga kini Sarah masih belum lagi mendedahkan mengenai siapakah gerangan individu yang mengganggunya itu.
“Alih-alih kena kaca dua tiga kali lebih teruk. Tak pernah habis. Menyesal tak teruskan dulu.
“Sekarang, dua orang peguam akan datang kepada kamu. Berdialah, mana mahu lari,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Sarah.
“Awak laya dapat yang lebih baik. Satu Malaysia sokong you.
“Kami satu Malaysia sokong awak. Dengan doa daripada kami, semoga dipermudahkan segala urusan.
“Come on. Jangan bagi muka.
“Hati you kering sis. I sokong you.
“Semoga kemenangan berpihak untuk awak. Ameen,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini video berdurasi 15 saat itu telah meraih lebih 1 juta tontonan dan dihujani ribuan komen di Tik Tok.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram. Sarah kini dilihat sedang bercuti bersama anak-anaknya di Istanbul, Turki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Puteri Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Safiey Illias Tunjuk Surat Bukti Tak Bankrup, Bidas Dakwaan; “Cukuplah Fitnah Nurwanita…”

Usahawan dan pempengaruh sensasi Safiey Illias tampil menafikan dakwaan seorang pengguna di TikTok baru-baru ini yang mendakwa dirinya kini bankrap.
Safiey yang kini menggunakan nama samaran terbaharu, NurWanita menepis tuduhan tersebut dan ia adalah fitnah.
“Baru sempat nak update bila tiba-tiba seorang ejen hartanah dekat tiktok fitnah saya bankrap lah, jual rumah lah dan macam-macam lagi. Sampaikan saya pun terkejut bila kawan-kawan DM cakap nak pindah Bangkok ke.
“Kalau boleh janganlah buat content guna nama saya untuk naikkan view video awak. Berdiri atas kaki sendiri boleh tak? Kalau share benda yang betul tak apa, ni sampai jadi fitnah satu, sampai orang jadi salah faham pulak. Adoi,” tulisnya.
Safiey menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Safiey turut berkongsi paparan skrin dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyatakan dirinya berstatus tidak bankrap.
“So bankrap celah mana ya? Cukup-cukup lah fitnah Nurwanita. Sabar je lah. Takpe, saya anggap ini sebagai pembakar semangat kepada mulut-mulut yang asyik nak bertepuk tangan tengok orang ditimpa musibah/masalah.
“Bagai anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, suara pula yang serak! Masalah saya bukan kewangan, saya dah lama berbisnes, daripada umur 16 tahun, sampai 25 tahun.
“Tak salah kot saya nak berehat dua, tiga tahun. 2023 saya akan bisnes semula. Tak bermakna kita diam kita down, atau bisnes merudum,” tambahnya.
Safiey kini melalui fasa ‘cooling period’ untuk bertenang dan akan kembali dengan jenama serta konsep perniagaan baharu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Bangga Atau Rasa Bagus,” – Foto Isteri Kini Berniqab Jadi Sorotan, Shukri Yahaya Tak Dibuai Pujian ‘Suami Sempurna’

Pelakon Shukri Yahaya mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa keping foto sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini bersama keluarga yang turut memaparkan isterinya, Tya Adnan yang kini tampil mengenakan niqab.
Menurut Shukri, perkongsian tersebut hanyalah untuk merakam detik manis bersama insan tersayang dan dia menyambut baik segala komen yang ditinggalkan peminat di media sosial.
“Saya jarang berkongsi perihal keluarga di media sosial. Jadi, hari raya merupakan waktu yang sesuai untuk saya berkongsi momen-momen bersama mereka.
“Bila ramai yang memberikan komen, saya rasa mereka hanya mahu meluahkan rasa rindu untuk melihat keluarga saya. Jadi, saya tak anggap ia satu perkara yang negatif.
“Namun, ada juga yang bercakap atau memberikan komen-komen yang tidak perlu. Saya tidak padam pun komen tersebut. Saya biarkan sahaja,” katanya kepada MH.
Tolak Adegan Bersentuhan
Dalam pada itu, ramai yang memberikan reaksi baik terhadap perkongsiannya, selain ada yang berpendapat adalah lebih baik sekiranya Shukri juga lebih peka dalam soal pemilihan watak serta batas pergaulan dalam lakonan.
Jelas pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga ini, dia sudah lama mengambil pendekatan untuk tidak lagi melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
“Saya sudah tiada berlakon adegan berpegangan tangan. Saya akan terus beristiqomah dan menjaga hati isteri saya.
“Saya mengharapkan doa daripada kalian juga,” ujarnya yang turut memberikan reaksi apabila ada yang memujinya sebagai suami yang sempurna.
Shukri bagaimanapun menjelaskan, dia tidak merasakan dirinya hebat atau lebih baik berbanding orang lain.
Sebaliknya, dia menjadikan setiap pujian itu sebagai peringatan untuk sentiasa menjaga maruah keluarga.
“Saya tak pernah bangga atau merasakan diri ini bagus. Hal seperti ini hanya mengingatkan saya walau apapun yang saya buat atau ke mana saya pergi, saya akan ingat pada keluarga, isteri dan anak-anak.
“Apa sahaja yang saya buat, akan beri kesan kepada mereka. Saya tak nak mereka lalui hal-hal yang tak baik,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonannya, Blood Brothers: Bara Naga bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 10 April ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Shukri Yahaya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI