
Sebelum ini, pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan pernah berkongsi mengenai kehamilannya yang kini sudah mencecah usia hampir 6 bulan.
Kongsi Abby menerusi akaun Instagram miliknya, dia telah dimasukkan ke sebuah hospital akibat tekanan darah yang terlampau tinggi.
“Anak5 Buah hati Pengarang Jantung Mama Doakan Mama. Selalu dalam lindungan Dan kasih sayang ALLAH SWT ye.
“Mama kena masuk ward malam ni Sebab darah terlampau tinggi Kandungan baru 23 minggu. Tapi Mama dah tak kuat ni.
“Mohon doa kalian ye Doakan Mama & Baby Panjang umur Dan selamat dunia akhirat ye,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan pelakon berusia 41 tahun itu dipermudahkan.
MH mendoakan agar Abby dan kandungan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“20 Tahun Saya Tunggu Untuk Menang…,”- Amyza Aznan Pertama Kali Rangkul Anugerah, Syukur Tak Terhingga

Terukir senyuman kegembiraan bagi pelakon Amyza Aznan apabila namanya diumum sebagai penerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2019.
Kongsi Amyza, ini merupakan pertama kali dia memenangi anugerah berkenaan setelah hampir 20 tahun bergelar pelakon.
“Kali pertama menang anugerah setelah 20 tahun bergelar pelakon. Saya rasa gembira yang tak terkata,” katanya ringkas.
Menurut Amyza, dirinya tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk menang namun rezeki berpihak kepada dirinya.
Di samping itu, pelakon kelahiran Alor Gajah, Melaka ini meluahkan rasa syukur dan puas atas kemenangan ini.
“Saya tak berharap untuk menang dan tak jangka, tapi bila saya menang ni saya rasa sangat gembira, puas hati.
“Saya rasa sangat berbaloi selama 20 tahun saya tunggu untuk menang, Alhamdulillah,” katanya lagi.
https://www.instagram.com/tv/B4WC2BMpNH6/?igshid=5lhohdlft2p
Anugerah berprestij itu telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.
Pelakon Wan Nur Azlin, Laila Nasir, Wan Sharmila dan Faradhiya antara barisan pelakon yang tercalon untuk kategori tersebut.
Sekadar informasi, Amyza merangkul anugerah tersebut menerusi drama berjudul Batik Zakiah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Allah Duga Neelofa Sejurus Selesai Haji, “Saya Dalam Keadaan Berselimut Dengan Sejadah Sahaja.”

Selesai menunaikan fardhu haji buat kali kedua beberapa minggu lalu, Neelofa mengakui pemergiaannya ke tanah suci kali ini penuh makna, apatah lagi turut disertai oleh ibu tercinta serta dua adik lelakinya.
Malah, hos MeleTop ini tidak menafikan pelbagai pengalaman menarik telah dihadapi mereka sekeluarga sepanjang menunaikan ibadah haji.
Neelofa bagaimanapun reda dan menyifatkan apa sahaja situasi yang berlaku adalah sebagai antara ujian dari Tuhan buat hambaNya.
“Cabaran saya Allah duga ketika kami sekeluarga mahu pulang ke tanah air. Apapun, banyak perkara hal menarik yang boleh dikongsikan, tetapi apa yang saya ingin beritahu adalah kesusahan yang dihadapi ketika ingin memasuki balai berlepas dan imigresen.
“Kami ‘direject’ empat kali. Untuk tempoh lebih kurang hampir tiga jam, saya terpaksa berulang alik dalam keadaan yang sesak. Kemudian, saya mengambil teksi untuk ke terminal haji, iaitu kira-kira 20 minit dari terminal antarabangsa.
“Bila sudah berada di sana selama tiga jam, apabila mahu berlepas, pihak mereka meminta saya untuk mengambil ‘shuttle bus’ dan pergi balik ke terminal yang asal.
“Tiba-tiba bila dalam perjalanan dalam bas sekitar 30 minit, mereka memberitahu untuk kembali ke terminal sebelumnya kerana kapal terbang menghadapi masalah penerbangan dan terpaksa tunggu lagi sejam,” katanya kepada MH.
Ujarnya lagi, dia juga sudah mengalami sakit badan, kesan dari Influenza yang dialami.
“Jadi saya kembali ke terminat terdahulu untuk sejam, naik balik ‘shuttle bus’ untuk kali yang kedua dan pergi balik terminal sama untuk kali ketiga. Saya pula pada ketika itu dalam keadaan yang menggeletar dan tidak sedap badan kerana virus mulai menyerang.
“Jadi dalam keadaan saya di lapangan terbang yang agak mencabar itu, saya dalam keadaan berselimut dengan sejadah saja, guna apa adanya saja.
“Ia sungguh sukar dan begitu mencabar bagi saya. Tetapi saya dan keluarga tidak berkata apa-apa kerana kami reda, Dia sudah berikan yang terbaik sepanjang tunai haji.
“Kita perlu reda atas ujian yang diberikan,” katanya yang kini berada di Amerika Syarikat bagi memenuhi undangan beberapa jenama fesyen di sana bersempena dengan Minggu Fesyen New York.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Nurhaliza Terbuka, Sedia Bincang 11 Lagu Lama Bersama SRC – “Sudah Seperti Keluarga, Kita Boleh Duduk Berbincang.”

Isi Kandungan
ToggleBiduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan keterbukaannya terhadap cadangan Suria Records (SRC) untuk komersialkan semula 11 lagu yang pernah dirakamkannya ketika masih bersama syarikat rakaman tersebut.
Bagaimanapun, Siti menjelaskan, sebarang keputusan perlu melalui perbincangan terlebih dahulu agar ia memberikan manfaat kepada semua pihak.
“Dalam rakaman-rakaman saya bersama SRC sebelum ini, kita memang rekod lebih cuma selepas saya keluar SRC, saya bergerak di bawah naungan syarikat saya sendiri, jadi kita sudah tidak bercakap soal itu.
“Lalu bila saya baca balik berita mengenai perkara ini di media sosial, saya akui memang ada lagi lagu saya di SRC, cuma kami belum ada perbincangan dengan lebih terperinci mengenai perancangan untuk mengeluarkan lagu-lagu tersebut.
“SRC pun sudah seperti keluarga saya, kita boleh duduk berbincang lebih baik.
“Kalau perancangannya bagus, mengapa tidak. Saya melihat juga apa kebaikan yang boleh diberikan kepada kedua-dua belah pihak. ‘Win-win situation’ itu kena ada,” katanya.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu runut bunyi dan muzik video filem Telaga Suriram berjudul Sesal di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Isnin.
Fokus Album Tradisional Dulu
Siti turut memaklumkan, 11 lagu yang belum pernah dikeluarkan itu merangkumi pelbagai genre termasuk balada dan tradisional.
“Dalam tahun ini saya memang ada perancangan untuk keluarkan album tradisional dan kita sudah mulakan prosesnya.
“Jadi saya mesti kena siapkan sebab ia di bawah Siti Nurhaliza Legacy (SNL), dan kami dapat dana dari MyCreative Ventures Sdn Bhd. Perlu dilancarkan sebelum Disember ini.
“Jadi saya kena ikut jadual yang ditetapkan, dan saya kena siapkan juga album tradisional itu. Sebelum Disember ini saya kena lancarkan juga dan saya pun ada konsert juga dan sebagainya. Tapi kita boleh berbincang,” ujarnya lagi.
Tiada Halangan Lagu Diberi Kepada Penyanyi Lain
Dalam masa sama, Siti juga tidak menolak jika pihak SRC ingin memberikan lagu-lagu berkenaan kepada penyanyi lain untuk dirakamkan.
Ibu kepada dua cahaya mata itu menyifatkan keputusan tersebut adalah hak milik sepenuhnya SRC.
“Sudah tentu boleh kalau artis lain nak merakamkan lagu itu. Saya tiada halangan sebab ia hak SRC, kalau dia nak bagi artis nyanyi, tiada masalah sebab ia bukan kawalan saya,” katanya.
Terdahulu, Pengarah Urusan SRC, Edwin Tan memaklumkan syarikatnya tidak menolak kemungkinan untuk mengeluarkan baki lagu yang pernah dirakamkan Siti ketika masih bersama label itu.
Namun Edwin berkata, pihaknya perlu mendapatkan kebenaran daripada Siti terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Untuk rekod, Siti mula bernaung di bawah SRC selepas menjuarai Bintang HMI 1995 dan telah menghasilkan 11 album studio bersama syarikat itu.
Album terakhirnya bersama SRC adalah Prasasti Seni, yang diterbitkan pada 2004.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI