Pasangan penyanyi, Syamel, 28, dan Ernie Zakri, 29, kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor, jam 10.30 pagi, hari ini.
Sama cantik sama padan, pasangan tersebut dinikahkan juru nikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Pada majlis itu, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian beserta lima dulang hantaran.
Manakala pihak Ernie membalas dengan tujuh dulang.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menjelaskan, majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri 20 ahli keluarga sahaja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP ditetapkan. Terima kasih atas doa semua dan sokongan diberikan kepada saya dan suami.
“Doakan semoga fasa baharu dalam kehidupan kami ini juga dipermudahkan,” katanya yang mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.
Sejurus majlis itu, Ernie dan Syamel diraikan pada majlis tertutup yang diadakan di sebuah resort persendirian di Serendah juga secara tertutup membabitkan keluarga kedua belah pihak sahaja.
Majlis itu dikendalikan perancang perkahwinan The Wedding Herritage (TWH) bertemakan Melayu Klasik.
Difahamkan pasangan tersebut mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017 dan mereka menjadi pasangan duet selain menjuarai program berkenaan.
Mereka kemudiannya muncul dengan single duet, Aku Cinta dan memenangi trofu Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) pada 2018.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Best Tengok Diorang Ni, Setia Je,” – Izzue Islam Syukur Dapat Beli Rumah Idaman, Ramai Tumpang Happy!
Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT selepas impiannya untuk memiliki rumah idaman akhirnya tercapai.
Menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan sempat berkongsi momen-momen sewaktu melangkah masuk ke rumah barunya buat tatapan para pengikutnya.
“Alhamdulillah, simpan sini buat kenangan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini turut tidak melepaskan peluang untuk merakam momen saat menarima kunci rumahnya idamannya itu.
Malah, Izzue juga turut membawa para pengikutnya untuk melihat dengan lebih dekat keadaan rumahnya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Izzue dan isterinya akan kekal bahagia hingga ke jannah.
“Tahniah boh, you both deserve it.
“MasyaAllah, semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
“Tahniah Izzue dan Awin.
“Tahnih, cantiknya rumah. Semoga dimurahkan rezeki lagi.
“Best tengok diorang ni. Setia je. Enjoy je hidup diorang,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Sekadar informasi, Izzue dan isteriny Awin Nurin telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 2 Jun 2013.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Antara Pelajar Cemerlang Dan Dapat Sijil Dekan,” – Iman Troye Jadi Duta, PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar
Selepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus dedikasi di dalam meneruskan misinya.
Terbaru jenama popular dalam dunia pembelajaran itu melancarkan telah kempen 2 Juta Bangkit Belajar dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Rabu.
Bertemakan ‘Berjuta Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama’, usaha pusat ilmiah itu dilihat sejajar dengan objektinya demi menggalakkan pelajar terus belajar walau dalam apa jua situasi termasuk mengharungi pandemik COVID-19.
Bagaimanapun inisiatif berkenaan terbuka kepada pelajar tingkatan satu hingga lima dan serentak dengan kempen tersebut, penyanyi remaja Iman Troye turut diumumkan sebagai duta pusat ilmiah berkenaan.
Berkongsi mengenai perlantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, mereka kini mempunyai dua orang duta.
“Kita kali pertama menggunakan khidmat dan pengaruh Mira Filzah sebagai duta. Seterusnya sejak awal tahun ini, anggota K-Clique, MK pula mengambil alih posisi itu.
“Sejak September lalu, Iman turut dipelawa sebagai duta selama setahun. Jadi sekarang kita ada dua duta, MK dan Iman,” katanya.
Cikgu Fana menambah, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.
“Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.
“Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya lagi.
Sementara itu, Cikgu Fana menjelaskan sasaran 2 juta pelajar dalam kempen terbabit diberi secara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan.
“Bermula 27 Oktober hingga 27 November depan, kita buka kuota belajar percuma dalam talian untuk 2 juta pelajar ini. Kita sedar ramai golongan ini terkesan akibat pandemik dan terus bangkit membiasakan fasa peralihan endemik.
“Mereka dari tingkatan satu hingga lima, boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara ‘live’ mengikut jadual yang ditetapkan.
“Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar. Lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi ‘trend’ dan tuntutan semasa saat ni,” katanya.
Ditanya kenapa membuka peluang kali ini kepada pelajar lain dan bukannya calon SPM, Cikgu Fana percaya usaha belajar awal itu tidak pernah menjadi satu kerugian.
“Sebab kita nampak lagi awal pelajar itu mula belajar, makin mudah dan cepat untuk mereka ini menjadi cemerlang. Dengan rekod kejayaan membantu pelajar SPM, kita percaya PTTI boleh bantu lebih ramai lagi pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran.
“Misi kita sendiri mahu menawarkan pembelajaran yang konsisten menerusi teknik mudah untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam pembelajaran pelajar
“Kita menyeru semua pelajar mengambil peluang untuk skor dalam pembelajaran kerana mereka ini mampu untuk mendapat keputusan cemerlang,” katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah barisan pelajar cemerlang SPM 2020 selain single terkini Iman yang berjudul Nang turut dilancarkan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Nak Show Off Tapi…,” – Uyaina Arshad Kongsi Hebatnya ‘Magis’ Sedekah
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menyifatkan amalan bersedekah banyak memberi impak terhadap hidup seseorang.
Menurut Uyaina lagi, sering bersedekah bukanlah bermaksud kita suka menunjuk-nunjuk sebaliknya lebih kepada mahu menggembirakan orang sekeliling.
Sesetengah orang akan rasa happy sebab dapat bayarkan untuk orang makan, be it family, friends, or even strangers.
Plus, cuba baca ni ♥️ pic.twitter.com/MlIg7A0LE2
— UYAINA 🇲🇾 (@UyainaArshad) September 10, 2020
“Pernah kena tegur. Kalau makan dengan kawan-kawan bayar tong-tong. Jangan bayar sendiri, tiap kali.
“Tapi ada sesetengah orang, dia bangun dulu pergi bayar bukan sebab nak show off, berlagak berduit. Tapi dia happy sebab dia belanja orang makan. Especially orang-orang dia sayang & dekat dengan dia.
“Sesetengah orang akan rasa happy sebab dapat bayarkan untuk orang makan, be it family, friends, or even strangers,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Uyaina menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, pengacara program Ratu Hijabista 2020 itu turut menyifatkan alaman bersedekah adalah pintu untuk membuka lebih banyak ruang rezeki.
Salah satu ‘budaya’ orang Arab yang sepatutnya kita contohi adalah,
Dorang selalu berebut nak bayar.
Mungkin dorang faham keberkatan dalam memberi orang makan.
Mungkin.
— UYAINA 🇲🇾 (@UyainaArshad) September 10, 2020
“Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Kalau kita faham konsep ni, kita akan selalu menghulur terlebih dahulu. Rezeki bukan hanya untuk dicari, tetapi dijemput.
“Dan ada banyak cara nak menjemput rezeki. Bagi orang makan adalah salah satu daripadanya.
“Salah satu ‘budaya’ orang Arab yang sepatutnya kita contohi adalah, Dorang selalu berebut nak bayar. Mungkin dorang faham keberkatan dalam memberi orang makan. Mungkin,” katanya lagi.
Namun, Uyaina turut menjelaskan bahawa segalanya kembali kepada kemampuan diri sendiri juga
Feeling paling best lepas kita bayar adalah,
“Eh? You bayar ke? Alhamdullilahhh.. Thank you.. Semoga murah & mewah rezeki you…” 🤲🏻
Doa. Doa orang lain untuk kita.
Benda ni paling best. 😊— UYAINA 🇲🇾 (@UyainaArshad) September 10, 2020
But then again. Kita ikut kemampuan kita. Bukannya memaksa tanpa rela untuk pi belanja orang.
Kalau ada rezeki lebih, tak salah untuk dikongsi bersama. Keikhlasan tu yang penting ✨
— UYAINA 🇲🇾 (@UyainaArshad) September 10, 2020
“Tapi, ingat. Jangan selalu ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Give and take. Kalau kawan atau family kita tengah susah, kita bayarkan untuk dorang.
“Nanti kalau-kalau kita pulak susah, Allah akan hantar orang tolong kita disebabkan kebaikan yang kita pernah buat.
“Feeling paling best lepas kita bayar adalah, “Eh? You bayar ke? Alhamdullilah. Thank you. Semoga murah & mewah rezeki you.” Doa orang lain untuk kita. Benda ni paling best.
“But then again. Kita ikut kemampuan kita. Bukannya memaksa tanpa rela untuk pi belanja orang. Kalau ada rezeki lebih, tak salah untuk dikongsi bersama. Keikhlasan tu yang penting,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian yang diberikan Uyaina itu.
Sumber: Twitter Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI