Pelakon Tasha Shilla memaklumkan dia dan suami, Muhammad Atiq Idris sepakat memilih nama Raees Zander buat permata hati pertama mereka.
Pendedahan tersebut dikongsikan Tasha menerusi hantaran terkininya di Instagram, pada sabtu genap seminggu kelahiran.
Pasangan ini pada masa sama turut meminta doa ramai agar mendoakan anak mereka membesar sebagai insan yang soleh.
“Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami @atiqidris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander bin Muhammad Atiq”.
“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati Ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal.
“It’s our happiest moment to announce that a baby boy “Raees Zander” has arrived in our family. Please keep him in your prayers. Baby Bedding @tinypalms,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan selebriti turut sama menitipkan ucapan dan tak kurang yang memuji kecomelan Raees.